
Setiap orang melakukan kesilapan, namun sebagai manusia biasa semua orang berhak mendapatkan peluang kedua dalam hidup selepas menyedari kesilapan yang telah dilakukan.
Tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang banduan wanita akhirnya bertemu kembali dengan keluarganya setelah sekian lama terpisah di sebalik tirai besi.
Menurut pengguna Tiktok yang dikenali sebagai Yusri, wanita tersebut merupakan adiknya telah menjalani hukuman penjara selama dua tahun dan dibebaskan pada 27 Jun lalu.
@izzatyusri98 setelah lama kita berjauhan akhirnyaa kau dah bebas hari ni…biar laa org nk hina atau caci maki yg penting kita tahu siapa kita..diorg nmpk baik sbb aib depa ditutup jhaa so jgnn nk angkuh sgt#sadvibes #berandatiktok #fypmalaysia #fypシ゚viral #fouryoupage #fypシ #banduan
“Setelah lama kita berjauhan akhirnya kau dah bebas hari ni… Biarlah orang nak hina atau caci maki yang penting kita tahu siapa kita. Diaorang nampak baik sebab aib mereka ditutup, jadi jangan nak angkuh sangat,” tulisnya.
Memetik sumber Harian Metro, baginya status sebagai bekas banduan bukan sesuatu yang menjijikkan sehingga dia dan keluarga perlu membuang adiknya itu daripada hidup mereka, malah kasih sayang antara adik-beradik masih kekal utuh.
Perkongsian video itu telah meruntun hati orang ramai, rata-rata netizen memberi komen positif serta memberi sokongan kepadanya.

Jangan pandang serong bekas banduan
Kata Yusri, video itu dikongsi untuk menyampaikan mesej kesedaran supaya orang lain yang mempunyai ahli keluarga dengan status sama tidak malu menyambut kepulangan mereka.
“Saya tidak mahu stigma meminggirkan banduan masih ada selain mahu masyarakat terus sedar yang bekas banduan juga layak berada dalam komuniti dan jangan pandang serong kerana setiap individu itu mempunyai kisah sendiri,” ujarnya.
Baginya, apa saja yang berlaku termasuk kisah silam adiknya biarlah berlalu kerana apa yang penting adiknya perlu bersemangat untuk bangkit semula.
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.


