Setelah Sarawak, Kini Sabah Juga Ingin Mengikuti Jejak Langkah Sarawak Menggunakan Gelaran Premier

28 Aug 2022 • 4:34 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Gelaran Ketua Menteri diganti kepada Premier Sarawak.

Setelah Sarawak, Kini Sabah Juga Ingin Mengikuti Jejak Langkah Sarawak Menggunakan Gelaran Premier. Seperti kita tahu bahawa di bumi Kenyalang, kita tidak lagi menggunakan gelaran Ketua Menteri tetapi kita telah menggunakan gelaran Premier Sarawak untuk pemimpin kita, Tan Sri Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg.

Mula menggunakan gelaran tersebut pada 1 Mac 2022 setelah pindaan pada perlembagaan negeri diluluskan. Pindaan ini telah dipinda pada 15 Februari 2022 dan ini juga merupakan kejayaan bagi negeri Sarawak untuk mendapatkan hak sama rata seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963.

image is not available
Setelah Sarawak, Kini Sabah Juga Ingin Mengikuti Jejak Langkah Sarawak Menggunakan Gelaran Premier. Sumber gambar: Twitter @AbgJohariOpeng

Kejayaan Sarawak membuka mata Sabah untuk mengikut jejak langkah.

Kejayaan negeri Sarawak ini telah membuka mata negeri di Bawah Bayu untuk mengikuti jejak langkah Sarawak. Menurut Edward Linggu Bukut yang merupakan Setiausaha agung STAR, Sabah juga mahu menggunakan gelaran premier untuk menggantikan gelaran Ketua Menteri bagi pemimpin Sabah.

image is not available
Sumber gambar: Warta Oriental

Bukan sahaja kejayaan Sarawak dalam menuntut kesamarataan, bahkan kejayaan Sarawak menggazetkan Hari Sarawak sebagai cuti umum turut menarik perhatian mereka untuk mengikuti jejak langkah negeri jiran. Menurut beliau dalam ucapannya dalam Konvensyen Perikatan Nasional, kalau Sarawak mampu mencapai kejayaan sedemikian, mengapa Sabah tidak mampu?

Disini menunjukkan bahawa negeri Sarawak semakin maju kehadapan dalam mencapai kejayaan-kejayaan demi menyejahterkan bumi Kenyalang ini sehingga menjadi panutan untuk negeri jiran kita, Sabah. Semoga negeri Sabah mencapai kejayaan setanding dengan Sarawak.

Berikut adalah artikel tentang keunikkan negeri Sarawak dan Sabah yang boleh ditelusuri dengan lebih mendalam: