“Setiap Kali Balik Dari Bercuti..” – Byul Dedah Dah Tidur Berasingan Dengan Haha Kini

EntertainmentLifestyle
12 Mar 2025 • 10:47 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Pejam celik pejam celik, Haha dan Byul sudah pun 13 tahun mendirikan rumah tangga bersama.

Baru-baru ini, Kim Go-eun atau lebih mesra dikenali sebagai Byul telah tampil dalam saluran YouTube Lee Hyun-yi, di mana dia ada bercerita tentang kehidupannya bersama suami kini.

Ketika bercakap tentang bagaimana mereka menjaga atau mengemas rumah, Byul sempat mendedahkan tentang habit Haha yang sangat kontra dengannya. Luahnya,

Saya seseorang yang akan melakukan perkara yang perlu dilakukan terlebih dahulu, tetapi Haha jenis yang akan buat perkara yang dia ingin lakukan terlebih dahulu. Setiap kali balik dari bercuti, saya mesti akan mengemas barang saya. Sementara Haha akan tanggalkan stoking dan berbaring di atas katil dengan baju yang dia pakai di luar.

image is not available

Sambung wanita itu lagi dengan memberitahu bahawa dia dan suami tidur berasingan kini,

Suami saya tidak menjemur pakaian pakaian basah jadi kadang-kadang ia akan berkulat. Akhirnya sekarang, saya tidur berasingan dengan suami saya.

Macam ni lah kan kehiduapan suami isteri.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.