‘Setiap kali Indonesia bangkit, kita diserang dengan keras’ – Prabowo

WorldPolitics
22 Oct 2026 • 4:28 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto ketika menyampaikan ucapan mengenai kebangkitan Indonesia dan dakwaan tekanan daripada kuasa asing.

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto mendakwa negaranya sering berdepan serangan dan tekanan daripada pihak tertentu setiap kali menunjukkan tanda-tanda kebangkitan sebagai sebuah negara yang kuat.

Menurut beliau, keadaan itu bukan sesuatu yang baharu, sebaliknya telah berlaku sejak sekian lama berikutan kekayaan sumber alam yang dimiliki Indonesia.

“Setiap kali bangsa Indonesia bangkit, bangsa Indonesia diserang dengan keras,” katanya ketika berucap pada Sidang Kabinet Paripurna di Jakarta, Rabu.

Prabowo turut mendakwa terdapat negara tertentu yang tidak senang melihat Indonesia muncul sebagai sebuah negara yang semakin kuat.

Beliau berkata, sejak awal penubuhannya, Indonesia telah berdepan pelbagai gangguan kerana kekayaan Nusantara yang menjadi perhatian kuasa luar.

“Sejak kita lahir, kita diganggu. Kenapa? Kerana Indonesia ini, Nusantara ini sangat-sangat kaya.

“Kekayaan kita telah dirompak selama bertahun-tahun, ratusan tahun,” katanya.

Menurut Prabowo, fakta sejarah turut menunjukkan bahawa Nusantara sering menjadi sasaran kuasa asing yang mahu mengambil kesempatan terhadap kekayaan dan sumber negara berkenaan.

Sehubungan itu, beliau menegaskan bahawa Indonesia kini perlu membuat pilihan sama ada berani menghadapi cabaran untuk mempertahankan kekayaan negara atau terus membiarkan sistem yang didakwanya menyebabkan kekayaan tersebut mengalir ke luar negara.

“Kita kini terpaksa memilih untuk menghadapi kesukaran dan menerima hakikat bahawa perkara paling utama adalah menyelamatkan kekayaan bangsa dan rakyat Indonesia.

“Atau kita meneruskan sistem yang mengakibatkan kekayaan Indonesia dibawa ke luar negara tahun demi tahun,” katanya.

Dalam ucapan sama, Prabowo turut melahirkan rasa bangga terhadap pencapaian pentadbirannya sepanjang dua tahun menerajui kerajaan Indonesia.

“Saya bangga menjadi presidenmu. Saya bangga telah memimpin kerajaan ini kerana dalam dua tahun, kita telah bekerja dengan hasil yang nyata,” katanya.

The post ‘Setiap kali Indonesia bangkit, kita diserang dengan keras’ – Prabowo appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved