'Setiap kejayaanmu milik-NYA' - Rita Rudaini syukur anak raih Anugerah Pengetua MRSM, penutup Tingkatan Lima

Family & Parenting
28 Aug 2026 • 11:02 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: 'Setiap kejayaanmu milik-NYA' - Rita Rudaini syukur anak raih Anugerah Pengetua MRSM, penutup Tingkatan Lima

PELAKON Rita Rudaini mengucapkan kesyukuran anaknya, Airit Rayyan Rizqin menerima Anugerah Pengetua MRSM.

Rayyan yang kini sedang menuntut di Tingkatan Lima Maktab Rendah Sains Mara meraih anugerah berkenaan atas kecemerlangan.

Rita yang berkongsi ucapan tahniah di laman sosial Thread menitipkan ucapan penghargaan atas pengorbanan anaknya.

Ibu kepada dua cahaya mata itu juga menyifatkan kejayaan anak bukan hadir dengan mudah, sebaliknya terbentuk daripada kasih sayang, didikan dan pengorbanan.

Image from: 'Setiap kejayaanmu milik-NYA' - Rita Rudaini syukur anak raih Anugerah Pengetua MRSM, penutup Tingkatan Lima

"Penutup tirai Tingkatan Lima untuk Anugerah Pengetua 2026.

"Jangan tanya lagi soal baka tapi lihatlah pada kerja keras, semangat dan harapan.

"Siapa anak-anak kita hari ini.Ada ibu yg berdiri, di belakang mereka dengan doa yang tak pernah berhenti.

'Di sebalik setiap kejayaan ada pengorbanan yang jarang diceritakan. Ada tangan yang pernah mengusap air mata,

"Ada bahu yang menjadi tempat bersandar dan ada hati yg berkali-kali terluka. Namun tetap memilih untuk percaya kerana anak-anak tidak lahir dengan kejayaan.

'Mereka dibentuk oleh kasih, didikan dan perjuangan,' kongsinya.

Image from: 'Setiap kejayaanmu milik-NYA' - Rita Rudaini syukur anak raih Anugerah Pengetua MRSM, penutup Tingkatan Lima

Pelakon Anak Mami The Movie itu dalam masa yang sama mengucapkan tahniah dan terus memberikan galakan buat Rayyan.

"Mommy proud Alhamdulillah. Congrat Champ.

"Kejarlah impian, mommy support dengan doa. Setiap kejayaanmu milik-NYA," kongsinya lagi.

Sekadar info, Anugerah Pengetua MRSM merupakan anugerah yang diberikan kepada pelajar yang memperoleh Purata Nilaian Gred (PNG) 3.50 dan ke atas.

Rita juga mempunyai seorang lagi orang anak lelaki bernama Airit Qaqa Arjuna.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved