“Setiap tahun ada saka masuk minta dilepaskan” – Farid Kamil Luah Kekecewaan Dekat Siapa?

Entertainment
7 Mar 2023 • 1:15 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sejak akhir-akhir ni selalu juga tengok gambar Farid Kamil dan Diana Danielle di media sosial. Lebih-lebih lagi sekarang pasangan suami isteri ni tengah sibuk mempromosikan filem masing-masing iaitu Anwar, The Untold Story dan Imaginur.

Malah baru sahaja bulan lepas Farid Kamil membawa isterinya serta dua orang anak mereka untuk mengerjakan umrah bersama buat pertama kali.

Pun begitu, malam tadi Farid Kamil telah meluahkan kekecewaannya di Insta Story. Menurutnya, seseorang telah menghantar pengawal keselamatan untuk menghalaunya dari rumah.

image is not available

Pelakon ini juga turut mengatakan yang dia telah lama dihina oleh orang tua “seseorang”.

Usah tunjukkan lagi betapa hina saya ketika orang tua berkunjung tiba. Cukuplah mereka dan mereka menghina selama ini.”

“Setiap tahun tau”

Tak cukup dengan itu, Farid juga turut mengatakan yang orang yang dimaksudkannya itu pernah mempunyai trauma dipukul dan setiap tahun bila hampir tiba bulan Ramadan, akan minta dilepaskan.

image is not available

Farid Kamil juga turut meluahkan yang dia takut dia tak mampu untuk tahan sabar melayan perangai orang yang pernah trauma kerana dipukul.

image is not available

Lelaki ini juga turut mengakhiri luahannya ini dengan ‘quote‘ mengenai pernah menyayangi seseorang sehingga menyakiti dirinya sendiri.

image is not available

Kesian pula min baca luahan dari Farid Kamil ni. Min harap Farid terus tabah dalam menghadapi ujian ini dan kita doakan yang baik-baik untuknya.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.