‘Setiap yang berlaku ada sebabnya’. Bekas isteri Hisyam Hamid akui rasa kehilangan, tidak putus semangat untuk kembali kuat

Entertainment
24 May 2024 • 3:40 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

PENGUMUMAN perceraian daripada aktor Hisyam Hamid mengejutkan ramai biarpun sudah lama khabar angin tentang status perkahwinannya bertebaran.

Dalam perkembangan terkini, bekas isterinya, Rosmawati Hanafi atau lebih dikenali sebagai Mel,42, mengakui, perpisahan itu memberikan impak besar dalam hidup.

Bercerai selepas usia perkahwinan menjangkau usia 18 tahun, Mel meluahkan perasaannya selepas berpisah.

“Semua berlaku ada sebab. Setiap langkah yang tersadung, terjatuh, patah hati dan kekecewaan membawa rahmat yang tersembunyi.

image is not available

“Saya mungkin merasa kehilangan sekarang, bergelut dengan soalan yang seolah-olah tiada jawapan,” kongsi Mel di Instagram.

Mengakui telah melalui fasa sukar selepas bercerai, wanita berusia 42 tahun itu bagaimanapun tidak putus semangat untuk kembali kuat.

“Saya melalui seribu perkara dalam hidup yang orang tidak tahu. Perkara-perkara yang menggoncang, mengubah, menghancurkan dan membina. Semuanya mengajar saya agar lebih kuat yang pernah saya fikirkan.

image is not available

“Hati ini berkeping-keping, tetapi perasaan ini tidak akan kekal. Ia akan pulih semula pada masa yang terbaik.

image is not available

“Kini masanya untuk menjadi kuat, menerima dan sembuh. ALLAH akan membuat hati ini tersenyum kembali,” kongsinya menerusi Instagram.

Terdahulu, Hisyam mengesahkan sudah berpisah dengan wanita itu. Tidak mendedahkan tarikh penceraian dan punca, aktor Memori Cinta Suraya itu mengakui selesa menjadi kawan baik dan menyerahkan kepada masa untuk menentukan.

Sekadar info, Hisyam dan Mel mendirikan rumah tangga pada 2006.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Nurish Syameliah, 17, dan Haydeen, 15.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!