
Setiausaha Bersatu Perlis Umum Keluar Parti
KANGAR, 9 Julai (Bernama) -- Setiausaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perlis yang juga Ahli Dewan Negara Azahar Hassan, mengumumkan keluar parti itu dan melepaskan semua jawatan dalam Bersatu berkuat kuasa serta-merta.
Azahar dalam kenyataan hari ini berkata beliau membuat keputusan itu, selepas mempertimbangkan dan meneliti perkembangan semasa.
Baca juga:
MB Perlis Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu, Fokus Tadbir Perlis
Bersatu Umum 16 Calon Bertanding Pada PRN Johor
“Saya percaya keputusan ini, berdasarkan prinsip, pendirian dan pertimbangan peribadi demi meneruskan hala tuju perjuangan yang saya yakini,” katanya.
Bagaimanapun, Azahar berkata beliau akan meneruskan tugasnya sebagai Ahli Dewan Negara demi tanggungjawab kepada rakyat Perlis.





