MB Perlis Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu, Fokus Tadbir Perlis

LocalPolitics
9 Jul 2026 • 4:42 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

MB Perlis Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu, Fokus Tadbir Perlis

MB Perlis Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu, Fokus Tadbir Perlis

KANGAR, 9 Julai (Bernama) -- Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi memberi tumpuan sepenuhnya kepada pentadbiran kerajaan negeri sehingga tamat penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) tahun depan.

Abu Bakar berkata surat peletakan jawatan itu telah dihantar kepada kepimpinan tertinggi Bersatu pada minggu lepas, namun beliau kekal sebagai Ketua Badan Pimpinan Bersatu Perlis dan Ketua Bersatu Bahagian Kangar.

Beliau berkata keputusan itu dibuat bagi membolehkannya memberi tumpuan sepenuhnya kepada usaha memperkukuh pentadbiran negeri, termasuk menarik pelaburan serta mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) sebagai Menteri Besar.

"Saya tidak dapat memberi komitmen sepenuhnya kepada Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu berikutan kesibukan dan pelbagai isu di Perlis, sedangkan saya hanya mempunyai kira-kira setahun lagi untuk meneruskan pentadbiran negeri," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program sambutan ketibaan delegasi dari Satun, Thailand sempena pengoperasian semula perkhidmatan feri Kuala Perlis-Satun di Jeti Bangunan Konkos, Kuala Perlis, hari ini.

Baca juga:

Perkhidmatan feri Kuala Perlis-Satun itu disambung semula bermula hari ini selepas dihentikan sejak pandemik COVID-19.

Pada majlis perasmian pembukaan DUN Perlis pada 3 Jun le[as, Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bertitah agar Abu Bakar diberi ruang untuk terus memimpin negeri sehingga akhir penggal DUN ke-15 tanpa sebarang gangguan.

Sementara itu, Abu Bakar berkata berdasarkan pengetahuannya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sena yang juga Exco Kerajaan Negeri Perlis Datin Marzita Mansor turut meletakkan jawatan sebagai Ahli MPT Bersatu.

Bagaimanapun, setakat berita ini ditulis, usaha Bernama mendapatkan pengesahan daripada Marzita tidak berjaya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved