Setiausaha Bersatu Perlis umum keluar parti

LocalPolitics
9 Jul 2026 • 2:33 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Setiausaha Bersatu Perlis umum keluar parti
Azahar Hassan

KANGAR – Setiausaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perlis, Azahar Hassan mengumumkan keluar daripada parti itu berkuat kuasa serta-merta, sekali gus melepaskan semua jawatan yang disandang dalam parti.

Beliau yang juga Ahli Dewan Negara berkata, keputusan itu dibuat selepas melalui pertimbangan panjang, penelitian sewajarnya serta muhasabah mendalam terhadap perkembangan semasa.

Menurut, keputusan tersebut dibuat berdasarkan prinsip, pendirian dan pertimbangan peribadi demi meneruskan hala tuju perjuangan yang diyakini.

"Saya dengan ini mengisytiharkan keluar sebagai ahli Bersatu, berkuat kuasa serta-merta dan melepaskan semua jawatan dalam parti termasuk Setiausaha Bersatu Negeri Perlis.

"Walaupun begitu, tugas saya sebagai Ahli Dewan Negara akan saya teruskan demi tanggungjawab kepada rakyat Perlis," katanya pada Khamis.

Azahar berkata, keputusan itu dibuat dengan penuh rasa hormat terhadap parti serta seluruh warga perjuangan Bersatu yang telah bersama-sama melalui pelbagai cabaran sepanjang tempoh penglibatannya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, barisan kepimpinan parti di semua peringkat serta ahli-ahli parti yang telah memberikan kepercayaan, sokongan dan kerjasama kepadanya sepanjang menggalas amanah dalam parti.

"Segala pengalaman, jasa, persahabatan dan ruang berkhidmat yang diberikan akan sentiasa saya kenang dan hargai," ujarnya.

Bagaimanapun, beliau tidak memperincikan hala tuju politik selepas keluar daripada Bersatu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved