Setiausaha Politik Menteri Kewangan Lawat MAPIM Malaysia Central Warehouse

LocalPolitics
10 Dec 2024 • 8:55 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

Hari ini, MAPIM Malaysia Central Warehouse, yang kini diaktifkan sebagai Humanitarian & Disaster Command Centre serta pusat pengumpulan barangan bantuan khas untuk misi banjir, menerima kunjungan istimewa daripada Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Tuan Muhammad Kamil Abdul Munim.

image is not available

image is not available

Kehadiran beliau disambut mesra oleh Setiausaha MAPIM, Kolonel Bersekutu (PA) Haji Faris Hussain, bersama Pengarah Komunikasi Korporat MAPIM, Mejar Bersekutu (PA) Nik Aziz. Dalam sesi lawatan ini, beliau meninjau kemudahan Command Centre serta pelbagai aset logistik yang disediakan untuk menyokong operasi bantuan kemanusiaan.

Tuan Muhammad Kamil menyatakan kekagumannya terhadap tahap kesiapsiagaan MAPIM dalam menghadapi bencana, khususnya banjir, serta komitmen pasukan dalam menguruskan operasi bantuan dengan profesionalisme tinggi. Beliau turut menyuarakan hasrat untuk memperkukuhkan kerjasama dua hala antara kerajaan dan MAPIM demi memastikan misi bantuan dapat dilaksanakan dengan lebih efisien.

image is not available

MAPIM Central Warehouse yang merupakan ilham CEO MAPIM Malaysia, Dato’ (Dr.) Sani Araby Al Kahery sebelum ini pernah menjadi pusat pengumpulan bantuan untuk Gaza dalam Misi Ops Ihsan.

Semoga kunjungan ini memperkukuhkan sinergi antara pihak kerajaan dan MAPIM dalam memastikan kebajikan rakyat terus diutamakan.

 

#MAPIMMalaysia #CentralWarehouse #HumanitarianCommandCentre #MisiBanjir