
Kota Kinabalu: Jawatankuasa Induk Menangani Setinggan telah mengenal pasti bahawa secara keseluruhan terdapat sebanyak 285 koloni setinggan di seluruh Sabah, melibatkan 33,566 buah rumah dan 130,397 penduduk.
Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam yang telah dilantik oleh Kabinet Negeri sebagai Pengerusi jawatankuasa ini berlata, hanya tiga daerah iaitu Ranau, Kota Belud dan Tuaran yang tidak mempunyai koloni setinggan.
Beliau menyarankan setiap daerah mempunyai pelan daerah bagi menangani setinggan-setinggan ini.
“Saya ingin melihat lebih banyak daerah/Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sifar setinggan. Daerah/PBT yang mempunyai banyak koloni setinggan hendaklah mencapai penurunan yang ketara menjelang akhir tahun 2025,” kata Dr. Joachim yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan.
SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more * Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

