“Seumur hidup tak pernah cerita buruk” – Shuk Sahar Buka Mulut Isu Rumah Tangga?

Entertainment
13 Aug 2024 • 11:08 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam, kecoh di media sosial apabila isteri kepada pengacara dan pelawak Shuk Sahar iaitu Fara Salleh memuat naik beberapa hantaran di Threads yang seakan memberi bayangan dia ‘menyesal’ berkahwin.

Hantaran itu menarik perhatian ramai dan rata-rata netizen terkejut dengan kenyataan daripada wanita berkenaan.

Pun begitu, Shuk menerusi laman Instagram miliknya tidak berdiam diri dan membidas kenyataan isterinya yang mengatakan dia banyak menjaja cerita buruk kepada rakan-rakannya.

image is not available

“Seumur hidup aku tak pernah bercerita buruk tentang orang, harap orang boleh guna akal dan fikiran untuk menilai,” tulisnya.

Selepas hantaran tersebut, Shuk dilihat repost beberapa IG Story yang dimuat naik oleh rakan artis, Iqram Dinzly yang berkongsi kata-kata semangat buatnya yang dikatakan sedang difitnah.

Sebelum ini, Fara Salleh menerusi laman Threads berkata dia menyesal berkahwin dan pernah mengajak Shuk untuk mendapatkan kaunseling tetapi tidak diendahkan kerana sifat barannya.

Sebagai info, Fara dan Shuk berkahwin pada November tahun lalu dan ia merupakan perkahwinan kedua pelawak tersebut.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.