Seven Bank Membuka Operasi Di Malaysia – Merancang Memfokuskan Perkhidmatan Mesin ATM Di Selangor

TechnologyDigital
14 Jun 2024 • 9:22 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Seven Bank, salah satu firma yang memfokuskan penawaran perkhidmatan kewangan terutamanya perkhidmatan mesin ATM di Jepun, kini dilihat turut memperluaskan perniagaan ke Malaysia. Seven Bank dijangka akan menawarkan perkhidmatan mesin ATM mereka di Selangor menjelang penghujung tahun 2024 ini.

image is not available

Seven Bank dimulakan di Jepun dengan fokus sekiranya 7-Eleven mempunyai ATM. Seven Bank menawarkan perkhidmatan mereka 24 jam sehari, selain turut mempunyai beberapa perkhidmatan tambahan seperti tambah-nilai kad pengangkutan dan sebagainya.

Untuk pasaran Malaysia, Seven Bank mengatakan terdapat sekitar 15,000 mesin ATM di Malaysia, dan nisbah antara penduduk dengan mesin ATM adalah sekitar 1 juta kepada 446 mesin ATM. Ini sekaligus memperlihatkan potensi besar dalam memperluaskan perniagaan mesin ATM mereka di Malaysia.

Seven Bank dijangka memulakan penawaran perkhidmatan mesin ATM di Selangor bermula seawal Oktober 2024 ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved