Sewa Cecah RM17,000 Sebulan, Janna Nick & Dini Schatzmann Kongsi Perjalanan Cari Rumah Di London

LocalHome & Living
24 Sep 2025 • 10:41 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pasangan selebriti Janna Nick dan suaminya, Dini Schatzmann, kini giat meninjau beberapa kediaman sewa di London, United Kingdom selepas membuat keputusan untuk berpindah sementara ke sana.

Menurut Janna, atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 30, urusan menyewa rumah di UK tidak semudah yang disangka kerana terdapat syarat ketat yang perlu dipatuhi.

Dalam perkongsian sama, pasangan itu turut memaparkan pengalaman mereka meninjau beberapa unit rumah sekitar London sambil meneliti setiap aspek sebelum membuat keputusan.

Namun, apa yang paling mencuri perhatian ialah kadar sewa rumah di kawasan berkenaan yang mencecah antara RM15,000 hingga RM17,000 sebulan.

Perkara itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata terkejut dengan jumlahnya dan mula memahami mengapa rata-rata pelajar Malaysia di sana memilih untuk berkongsi dengan beberapa orang serumah.

Terdahulu, pelakon filem ‘Jemputan Dari Neraka’ itu memaklumkan dia dan suami akan menetap sementara di luar negara bagi menyambung pengajian.

image is not available 2025-07-07 10:48:40

Janna Nick Anggap Hati Manusia Boleh Berubah, Reda Jika Rumah Tangga Diuji - "Kalau Hari Ini Dia Sayang Kita, Esok Mungkin Tidak.."