Tingkap Hanya Sebesar Saiz Tapak Tangan Namun Disewa Dengan Harga RM633 Sebulan

Entertainment
13 Aug 2023 • 11:34 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Nampaknya isu bilik sewa kecil dengan harga yang tak masuk akal bukan hanya menjadi masalah di Malaysia sebab di Shanghai, China pula, sebuah bilik sewa dengan tingkap yang saiznya hanya sebesar tapak tangan pula telah menjadi perhatian netizen negara itu.

Bilik dengan tingkap saiz kecil itu telah dikongsikan di platform media sosial Douyin (TikTok versi China) baru-baru ini oleh agen hartanah di sana.

image is not available

Difahamkan bahawa bilik sewa yang berkeluasan lapan meter persegi itu merupakan bilik di atas loteng sebuah rumah dua tingkat yang telah dibahagikan kepada enam buah bilik.

Dalam video tersebut, agen hartanah tersebut mengatakan bahawa bilik itu disewa denga harga 1,000 yuan sebulan (lebih kurang RM633). Mahal jugak tu!

Namun, harga sewa itu telah termasuk dengan perabot asas seperti almari dan katil serta sambungan internet.

image is not available

Perkongsian tentang bilik sewa dengan tingkap bersaiz mini itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen China hingga ada yang berjenaka bahawa penghuni bilik itu tak perlu pasang langsir dan kalau nak pasang pun, boleh guna topeng muka je sebab tingkap yang terlalu kecil.

Selain itu, ada juga yang berjenaka bahawa penghuni bilik tak perlu risau jika tingkap tak ditutup ketika hari hujan.

Ada juga yang mengatakan bilik itu sukar diceroboh oleh pencuri kerana tingkapnya yang kecil tidak mungkin boleh dimasuki oleh pencuri.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.