Shafie Apdal Kena Surat Tunjuk Sebab Susulan Kenyataan Tentang Kes Zara Qairina

LocalPolitics
22 Sep 2025 • 12:23 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Mahkamah Koroner telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal susulan kenyataan beliau berhubung inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang dianggap menghina mahkamah.

Dalam satu majlis di Sandakan, Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah itu antara lain menyifatkan kematian Zara Qairina sebagai satu pembunuhan serta mempertikaikan prosedur siasatan polis dan pakar patologi forensik.

image is not available

Koroner Amir Shah Amir Hassan mengarahkan notis tersebut dikeluarkan selepas semua pihak terlibat, termasuk Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya selaku pegawai pengendali, tidak membantah.

Permohonan terbabit dibuat oleh peguam Datuk Ram Singh pada prosiding yang dijalankan secara tertutup hari ini.

Sementara itu, Ram yang merupakan salah seorang peguam mewakili Pelajar A, individu yang sebelum ini didakwa mengeluarkan kenyataan menghina Allahyarham Zara Qairina.

Menurut laporan Kosmo!, Peguam Azhier Farhan Arisin turut mengesahkan perkara tersebut.

 

Sumber: Kosmo!

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.