Shafie Apdal hormat keputusan mahkamah -“Dari awal, perkara ini bukan mengenai diri saya”

LocalPolitics
29 Jul 2026 • 6:39 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Presiden Parti Warisan (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memaklumkan beliau menghormati keputusan Mahkamah Sesyen yang menjatuhkan hukuman penjara lima minggu terhadapnya dalam prosiding penghinaan mahkamah dan telah mengarahkan pasukan peguamnya untuk memfailkan rayuan.

Serah semua kepada proses perundangan

Menurut bekas Ketua Menteri Sabah itu dalam satu kenyataan, beliau menyerahkan sepenuhnya perkara berkenaan kepada proses perundangan dan berharap ia dapat berjalan mengikut lunas undang-undang yang ditetapkan.

“Saya menghormati keputusan mahkamah dan telah mengarahkan peguam saya untuk memfailkan rayuan. Biarlah proses undang-undang berjalan mengikut lunasnya.
“Namun begitu, amanah saya kepada rakyat tetap tidak berubah,”katanya.

Bukan tentang dirinya, tapi pemergian seorang kanak-kanak

Shafie berkata, sejak awal lagi isu tersebut bukan mengenai dirinya, sebaliknya berkaitan pemergian seorang kanak-kanak yang menyentuh hati seluruh rakyat Malaysia.

Beliau turut berharap agar kebenaran dapat ditegakkan, keadilan dilaksanakan dan keyakinan rakyat terhadap institusi negara terus diperkukuhkan.

“Sejak dari awal, perkara ini bukan mengenai diri saya. Ia mengenai pemergian seorang kanak-kanak yang telah menyentuh hati seluruh negara.
“Harapan saya, sejak awal lagi, hanyalah agar kebenaran dapat ditegakkan, keadilan dapat dilaksanakan dan keyakinan rakyat terhadap institusi negara terus diperkukuhkan.”
“Memandangkan perkara ini kini berada di hadapan Mahkamah Rayuan, saya tidak akan mengulas lanjut.
“Saya akan terus melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada saya sebagai wakil rakyat dengan penuh integriti dan menghormati kedaulatan undang-undang.
“Komitmen saya untuk berkhidmat kepada rakyat serta mempertahankan prinsip kebenaran, keadilan dan akauntabiliti tetap tidak berubah,”katanya.

Image from: Shafie Apdal hormat keputusan mahkamah -“Dari awal, perkara ini bukan mengenai diri saya”

Terdahulu, media melaporkan Mohd Shafie dijatuhi hukuman penjara lima minggu selepas didapati bersalah menghina mahkamah susulan kenyataannya berhubung inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

Walau bagaimanapun, Hakim Mahkamah Sesyen, Amir Shah Amir Hassan membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara Mohd Shafie mengemukakan rayuan terhadap sabitan tersebut.

Dalam penghakimannya, Amir memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes terhadap Shafie melampaui keraguan munasabah mengikut Seksyen 99A Akta Mahkamah Rendah 1948.

Sumber: Facebook Shafie Apdal
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved