Shafie Apdal Dipenjara Lima Minggu Hina Mahkamah Kes Zara Qairina

LocalPolitics
29 Jul 2026 • 2:50 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Shafie Apdal Dipenjara Lima Minggu Hina Mahkamah Kes Zara Qairina

Shafie Apdal Dipenjara Lima Minggu Hina Mahkamah Kes Zara Qairina

KOTA KINABALU, 29 Julai (Bernama) -- Ahli Parlimen Semporna Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini dijatuhi hukuman penjara lima minggu oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah menghina mahkamah berhubung kenyataan dibuatnya berkaitan kes Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

Hakim Amir Shah Amir Hassan memutuskan bahawa Peguam Negara, selaku pemohon berjaya membuktikan permohonan menghina mahkamah terhadap bekas Ketua Menteri Sabah itu yang juga Presiden Parti Warisan, melampaui keraguan munasabah.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara itu sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi, meskipun pihak pendakwaan membantah permohonan tersebut.

Ketika menyampaikan keputusan mengikut Seksyen 99A dan Perenggan 26, Jadual Ketiga Akta Mahkamah Rendah 1948, mahkamah turut mempertimbangkan hujahan mitigasi yang dikemukakan oleh peguam serta Timbalan Pendakwa Raya.

“Mahkamah berpuas hati bahawa pemohon berjaya membuktikan Notis Permohonan dalam Lampiran 1 (menghina mahkamah) melampaui keraguan munasabah terhadap responden. Oleh itu, mahkamah mendapati responden bersalah menghina mahkamah dan beliau disabitkan atas kesalahan tersebut,” kata Amir Shah dalam penghakimannya.

Baca juga:

Mohd Shafie diwakili peguam Jakariya AB Jalil dan Chen Ket Chuin, manakala Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P. Kunyalam dan Nadia Mohd Izhar hadir bagi pihak pendakwaan.

Pada 22 Sept tahun lepas, Mahkamah Koroner mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada Mohd Shafie berhubung kenyataan yang didakwa mengganggu perjalanan prosiding inkues kematian Allahyarham Zara Qairina.

Kemudian pada 23 Okt, Koroner Amir Shah membenarkan Peguam Negara untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Mohd Shafie.

Zara Qairina, 13, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu pada 17 Julai tahun lepas, sehari selepas beliau ditemukan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved