Shah Firdaus dipapah keluar, baju terkoyak berjuang hingga ke akhir

11 Aug 2024 • 8:30 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Atlet berbasikal trek negara, Shah Firdaus dipapah keluar selepas terjatuh sewaktu mengalami kemalangan di pusingan akhir acara keirin lelaki Olimpik Paris 2024.

Menerusi perkongsian yang dibuat wartawan sukan Zulhelmi Zainal Azam di platform X, dapat dilihat yang pemilik nama sebenar Muhammad Shah Firdaus Sharom seperti mengalami kesakitan apabila dipapah keluar oleh pihak pengurusan Malaysia sebelum terduduk dan kemudiannya berbaring.

Shah Firdaus dipapah keluar, hampir raih gangsa

Dia yang hampir sahaja memperoleh gangsa terjatuh selepas dilanggar pelumba dari Jepun sehingga membolehkan atlet dari Australia merampas tempat ketiga.

Menerusi keputusan akhir, Shah telah menduduki tempat keempat apabila pelumba dari Belanda berada di kedudukan pertama diikuti Australia.

Walau bagaimanapun, keputusan rasmi menyatakan bahawa wakil Malaysia telah diletakkan sebagai relegated manakala wakil Great Britain dan Jepun disingkirkan.

image is not available

Shah Firdaus dipapah keluar, netizen salah atlet Jepun

Perkongsian tersebut pastinya menghadirkan pelbagai komen daripada warganet apabila masing-masing menyalahkan pelumba daripada Jepun kerana menjadi punca Malaysia kehilangan pingat.

Walau bagaimanapun, mereka juga berasa khuatir dengan keadaan Shah Firdaus dan berharap dia tidak mengalami kecederaan yang serius disebabkan kemalangan tadi.

image is not available

Takpe Shah anda tetap membanggakan

image is not available

Malaysia tetap denganmu!

image is not available

Terdahulu, atlet berusia 28 tahun itu telah berjaya ke final selepas wakil daripada Jepun dikenakan tindakan sewaktu semi-final acara berkenaan.