Shah Firdaus raih perak keirin di Kaherah

17 Mar 2023 • 9:27 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Muhammad Shah Firdaus Sahrom merangkul pingat perak acara keirin lelaki di Kejohanan Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) di Kaherah, Mesir pada Khamis. - Foto Bernama

JAGUH berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom merangkul pingat perak acara keirin lelaki di Kejohanan Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) di Kaherah, Mesir pada Khamis.

Menerusi laman sesawang kejohanan, https://www.uci.org/, pemenang pingat gangsa Sukan Komanwel Birmingham 2022 itu menamatkan saingan di tempat kedua dengan perbezaan masa +0.057 saat (s) di belakang wakil Jepun Shinji Nakano dalam aksi final berlangsung di Velodrom Antarabangsa Kaherah.

Nakano yang mencatat masa 10.613s meraih emas manakala pingat gangsa dibawa pulang rakan senegaranya Kaiya Ota yang mencatat masa 10.686 saat.

Kejohanan yang bermula pada Rabu itu berakhir hari ini dan akan beralih ke Milton, Kanada pada 20 hingga 23 April ini. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved