Shah Rukh Khan tunai umrah kali pertama, foto pakai ihram tular

Entertainment
2 Dec 2022 • 1:56 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

PELAKON tersohor Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan dilaporkan kini sedang berada di Tanah Suci untuk menunaikan ibadah umrah.

Foto yang memaparkan aktor berusia 57 tahun itu memakai ihram tular di laman sosial Twitter.

Ciapan dari pengguna Twitter @saifpatel menunjukkan Shah Rukh memakai pelitup muka.

image is not available

Sebekum itu Shah Rukh menerusi laman sosial Instagram berkongsi baharu sahaja tamat menjalani penggambaran filem berjudul Dunki di Arab Saudi.

“Terima kasih kepada #SaudiArabiaMinistryOfCulture dan semua yang membantu jadual penggambaran #Dunki ini begitu lancar,” titipnya.

image is not available

Suami kepada Gauri Khan itu turut mengucapkan terima kasih kepada pengarah Rajkumar Hirani bersama seluruh pelakon dan krew yang terlibat dalam pembikinan filem itu.

Menyifatkan penggambaran filem itu sebagai ‘indah’ Shah Rukh berterima kasih kepada kerajaan di sana kerana membenarkan mereka membuat penggambaran di lokasi-lokasi yang menakjubkan.

Filem berkenaan yang dibintangi Shah Rukh dan Taapsee Pannu sebagai watak utama dijangka menjengah pawagam Disember tahun depan.

Selain ‘Dunki’, beliau juga akan muncul di layar perak dalam filem berjudul ‘Pathaan’ yang dilakonkan bersama Deepika Padukone dan John Abraham pada Jun 2023.

Selain Shah Rukh, aktor Amir Khan juga pernah menjejakkan kaki ke Tanah Suci dan menunaikan ibadah haji bersama ibunya.

Sumber: Times of India, Twitter @saifpatel

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi