Shah Zakaria Beri Nasihat, Tak Perlu Terlalu Agungkan Kisah Peribadi Orang - “Hidup Ini Jangan Berpaksikan Influencer”

2 May 2025 • 2:58 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Personaliti media sosial, Shah Zakaria memberi nasihat untuk tidak terlalu taksub dengan kisah kontroversi peribadi melibatkan pempengaruh.
 

Jangan taksub hal peribadi orang


Menurut Shah, lebih baik mengambil tahu tentang kisah lain berbanding hal peribadi kerana mereka bukanlah selebriti.

“Sebab dah muak, bila balik Malaysia je, FYP penuh dengan kes curang 'Pizza Wagyu' dengan 'Buah Pineapple' like why Malaysians are so invested in that whole Pizza Wagyu story?

“Terlalu ambil tahu, dan terpaling nak masuk campur. Siap ada yang pergi dm si Pizza tu. Hidup ni jangan berpaksikan influencer guys.


“Serious, walaupun saya pun content creator. Tapi janganlah terlalu agung agung kan cerita peribadi influencer ni,” tulisnya menerusi hantaran di Insta Story.


 

Bukan selebriti

image is not available



Tambah Shah lagi, status seorang pempengaruh juga tidak sama level dengan selebriti.

“Suka 'content' mereka. Support ‘content' influencer yang korang suka. Tapi kalau kisah peribadi, buat bodoh je.

“Sebab diaorang bukan artis. Kalau artis, faham lah. Tapi kalau influencer/content creator ni, jauh lagi nak sama level dengan artis ni” coretnya.


Sebelum ini, bekas suami Cik Epal, Jofliam memuat naik sebuah video baru di media sosial, memperlihatkan suasana tegang di rumahnya yang melibatkan Cik Epal dan isteri baharunya, Dewi.



Dalam video tersebut, Jofliam mendakwa Cik Epal bertindak agresif ketika hadir untuk mengambil barang-barangnya.


Menerusi kapsyen yang ditulis pada video itu, Jofliam turut mendakwa bekas isterinya itu telah melanggar privasinya dengan bertindak berlari ke aras satu rumahnya.



Manakala Dewi juga sudah membuat laporan polis terhadap Cik Epal yang didakwa telah mencakar wajahnya.