Shahafiq diangkat Ikon Hari Sukan Negara Sandakan

13 Oct 2024 • 1:56 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Mardinah Jikur

SANDAKAN: Anak jati Sandakan yang juga Olahragawan Para Sukma 2024 Sarawak, Shahafiq Abdullah menerima Anugerah Ikon Hari Sukan Negara (HSN) 2024 Peringkat Daerah Sandakan yang berlangsung di Kompleks Sukan Sandakan pada Sabtu.

Anugerah itu disampaikan Ahli Dewan Negara, Senator Annabell @ Suzieana Perian yang merasmikan HSN 2024 Sandakan.

Pada Para Sukma Sarawak 2024, Shahafiq memenangi empat emas bagi acara renang 100m gaya bebas S6, 100m kuak lentang S5/S6, 50m gaya bebas S6 dan 50m kuak kupu-kupu S6/S7 yang mana kesemuanya dengan mencipta rekod kebangsaan.

Shahafiq turut memenangi gangsa bagi acara 4×100m dan satu perak bagi 4×100m.

SPONSORED CONTENT Enjoy a taste of Malaysia, everyday with Ayam Brand™ local pastes SHAH ALAM: Fact: Every time Malaysians travel abroad, we almost immediately miss the taste of home. You don’t need to be homesick to celebrate Malaysia’s rich culinary heritage when you can savor the authentic taste of Malaysia in your own home with Ayam Brand™ cooking pastes. Read more Terdahulu, berucap pada majlis itu, Annabell bangga dengan pencapaian Shahafiq dalam bidang sukan diceburinya.

Jelasnya ini juga memperlihatkan Sandakan mempunyai ramai atlet berbakat yang perlu terus digilap sehingga berjaya.

Manakala mengenai HSN, katanya, di seluruh negara, lebih dua juta masyarakat pelbagai lapisan latar belakang juga menyertainya.

Jelasnya, ia juga antara matlamat HSN yang dianjurkan kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang menekankan kepentingan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat selain program rekreasi yang baik serta mampu memupuk perpaduan.

HSN 2024 Sandakan itu turut diisi 18 aktiviti sukan antaranya berjalan ria madani, senamrobik, larian, berbasikal, bola sepak dan yang lain dan ia disertai lebih 3,000 peserta yang melebihi sasaran untuk daerah tersebut.

Hadir sama pada majlis itu, Setiausaha Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Irman Tajuddin Edy yang mewakili Presiden MPS, Henry Idol merangkap Pengerusi Jawatankuasa HSN Peringkat Bahagian Sandakan dan Ketua Bahagian Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPKKK) Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan, DSP Daniel Desmond Benjamin yang mewakili Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Abdul Fuad Abdul Malek.

Turut hadir, Pegawai Belia dan Sukan Persekutuan Bahagian Sandakan, Mohd Syahrin Ibrahim, Pegawai Pengelola KBS Sabah Bahagian Sandakan, Roland Henry Lindan dan Pengurus Kompleks Sukan Sandakan, Junaidi Salim.

Dalam pada itu, Shahafiq merakam penghargaan atas penerimaan anugerah ikon HSN 2024 Sandakan yang diberikan kepadanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.