Shaheizy Sam Pentingkan Kualiti, Mahu Staf Cafe Jujur Soal Makanan - “Kalau Kita Rasa Biasa-Biasa Je, Jangan Harap…”

6 Nov 2026 • 8:50 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Shaheizy Sam Pentingkan Kualiti, Mahu Staf Cafe Jujur Soal Makanan - “Kalau Kita Rasa Biasa-Biasa Je, Jangan Harap…”

Pelakon, Shaheizy Sam mengakui banyak perkara yang masih perlu dipelajari selepas sebulan menceburi bidang makanan dan minuman (F&B) menerusi perniagaan pizanya, Abdul’SS Cafe.Menerusi perkongsian di Threads, Sam berkata dia menyedari bahawa setiap pelanggan mempunyai cita rasa berbeza dan pihaknya tidak mampu memenuhi selera semua orang.“Baru sebulan dalam F&B ni, banyak juga Sam belajar. Betul, kita tak mampu nak memuaskan ‘tekak’ semua orang pasal cita rasa masing-masing berbeza-beza,” tulisnya.Bagaimanapun, Sam berpendapat kejujuran dalam memastikan kualiti serta rasa makanan perlu menjadi keutamaan sebelum mengharapkan pelanggan memberikan maklum balas positif.Malah, Sam juga turut menitipkan pesanan kepada kakitangan kafenya supaya sentiasa jujur terhadap hasil masakan yang disediakan.“Tapi sekurang-kurangnya jujur lah dengan tekak kita sendiri. Kalau kita rasa makanan kita ‘biasa biasa’ je, jangan kita harapkan customer tiba-tiba rasa makanan kita ‘luar biasa’ pula.“Bila dah jujur, selebihnya tawakkal lah pada Allah supaya Allah bantu hantar pelanggan yang ada tekak dan cita rasa sama macam kita. Peringatan khas buat staff @abdulsscafe,” coretnya.Untuk info, pembukaan restoran piza Abdul'ss diabadikan sebagai tanda ingatan kasih terhadap arwah bapanya, Allahyarham Abdul Samad Jaaman yang meninggal dunia ketika aktor itu baru berusia 12 tahun.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved