Shahelmey terima aduan jalan rosak di Kimanis–Bongawan

3 Apr 2023 • 4:29 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PUTATAN: Aduan mengenai keadaan jalan raya yang tidak rata dan rosak di laluan Pan Borneo antara Kimanis – Bongawan mendapat perhatian Menteri Kerja Raya, Datuk Ir Shahelmey Yahya.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata beliau sudah dimaklumkan oleh pihak unit Pan Borneo, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah untuk memantau keadaan di lokasi berkenaan.

“Saya mengambil maklum permintaan mereka untuk memantau situasi jalan di sana,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di bazar Ramadan Taman Pantai Lok Kawi di sini, Sabtu.

Sementara itu, sebanyak 694 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di Sabah menyertai Program Gerak Rahmah ‘Jom Masak Bubur Lambuk’ yang diadakan serentak di seluruh negara pada Sabtu.

Beliau berkata, program itu bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim komuniti setempat.

“Di Taman Pantai Lok Kawi ini kita dapat lihat wajah-wajah ceria daripada ahli-ahli KRT yang menyediakan bubur lambuk dalam bulan Ramadan pada kali ini,” katanya.

Menurutnya, bubur lambuk itu kemudian akan diagih-agihkan kepada komuniti setempat.

“Kita berharap dengan adanya program seperti ini semangat gotong-royong dan silaturrahim dalam kalangan komuniti dapat terus terjalin. Apabila ia terjalin, ia boleh diterjemahkan kepada perpaduan,” katanya.

Dalam pada itu, Shahelmey turut mengadakan lawatan beberapa bazar Ramadan yang terdapat di kawasan Parlimen Putatan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.