Shahril anggap ada peluang terajui FAM

LocalFootball
7 Sep 2026 • 9:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Shahril anggap ada peluang terajui FAM

TIMBALAN Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), ­Datuk Seri Shahril Mokhtar mula melancarkan perang psikologi dengan menganggap dirinya sebagai ‘underdog’ dalam saingan dua penjuru jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) penggal 2025-2029.

Menurut Shahril, pencabar utama yang juga Presiden Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Datuk Ab. Ghani Hassan dilihat mempunyai kelebihan berdasarkan pengalaman luas dalam pentadbiran bola sepak negara.

Bagaimanapun, Shahril percaya peluang untuk kedua-dua individu dilantik menjadi Pre­siden FAM kesembilan masih seimbang menjelang Kongres Pemilihan yang dijadualkan berlangsung 17 September ini.

“Secara peribadi, saya rasa saya masih lagi ‘underdog’ (bukan pilihan dalam perebutan kerusi Presiden FAM). Kalau ikutkan, Datuk Ab. Ghani sudah lama berada dalam bola sepak (tempatan). (Beliau pimpin) MFL pun sudah tujuh ke lapan tahun, kalau tidak silap saya.

“Walaupun saya lebih suka menjadi ‘underdog’, saya tetap anggap peluang masih 50-50 (untuk menang pada Kongres Pemi­lihan FAM) nanti,” katanya.

Sementara itu, Shahril juga mahu mendengar suara Ahli Gabungan FAM dalam baki tempoh berkempen sehingga 17 September nanti selepas mereka kurang diberikan perhatian oleh ‘rejim’ Exco sebelum ini.

“Ahli gabungan serta pemba­ngunan akar umbi perlu kembali dititikberatkan,” ujarnya.

The post Shahril anggap ada peluang terajui FAM appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved