Shahrol Shiro cuma beri latihan amali, tidak libat kuliah – UKM

LocalEntertainment
30 Sep 2026 • 10:08 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Shahrol Shiro cuma beri latihan amali, tidak libat kuliah – UKM

PETALING JAYA – Pelantikan Shahrol Shiro sebagai tenaga pengajar sambilan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dipertikai, pentadbir pusat pengajian tinggi itu mengesahkan pemilihan dibuat berdasarkan pengalaman luas pelawak itu dalam industri seni.

UKM dalam satu kenyataan berkata, Shahrol dilantik sebagai pengajar sambilan Kursus Citra Universiti bagi kelas Seni Lakon yang mengkhususkan kepada bidang stand-up comedy di bawah Kursus Citra Kebudayaan.

“Shahrol Shiro dilantik sebagai pengajar sambilan Kursus Citra Universiti bagi Kelas Seni Lakon yang mengkhususkan kepada stand-up comedy di UKM.

“Kursus Citra UKM (Seni Lakon) adalah kursus di bawah Citra Kebudayaan yang ditawarkan kepada pelajar bagi memberikan pendedahan dan pengalaman dalam bidang seni persembahan khususnya aspek asas lakonan serta persembahan,” tulis kenyataan tersebut.

Dalam kenyataan sama, UKM turut mengesahkan pelantikan Shahrol sebagai tenaga pengajar sambilan Citra Universiti di Fakulti Pengajian Sains Citra (FPSC) bagi Semester I sesi 2026/2027.

FPSC merupakan fakulti yang mengkhususkan kepada pengajian transdisiplin, pengajian umum termasuk kursus kebudayaan, sukan dan badan beruniform.

Pelantikan itu diumumkan Shahrol atau nama sebenarnya, Shahrol Azizie Azmi, 42, sendiri menerusi Instagram dengan berkongsi surat tawaran, selain meluahkan keterujaan untuk menggalas tanggungjawab baharunya.

Terdahulu, pelantikan pelawak terbabit mengundang polemik dalam kalangan mahasiswa dan netizen yang disuarakan menerusi media sosial.

Isu tersebut dibangkitkan seorang pengguna Threads yang meminta penjelasan daripada Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berhubung kelayakan serta rasional pelantikan berkenaan.

Bersandarkan semakan di ruangan komen, rata-rata mencadangkan beberapa nama aktor yang disifatkan lebih berkredibiliti termasuk Nam Ron. – KOSMO! ONLINE

The post Shahrol Shiro cuma beri latihan amali, tidak libat kuliah – UKM appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved