Shahrol Shiro Jadi Pengajar Sambilan UKM, Ini Skop Sebenar Tugasnya

LocalEntertainment
29 Sep 2026 • 2:02 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Pelantikan Shahrol Shiro sebagai tenaga pengajar sambilan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mencetuskan pelbagai reaksi selepas latar belakang akademiknya mula dipersoalkan netizen.

Namun, UKM menjelaskan skop tugas pelawak itu bukanlah untuk mengendalikan kuliah akademik, sebaliknya memberi pendedahan secara amali dan praktikal dalam bidang seni persembahan.

UKM fokus kepada pengalaman industri Shahrol Shiro

shahrol shiro
Kredit Foto: Shahrol Azizie Azmi

Menerusi kenyataan rasmi Pusat Komunikasi Korporat UKM, Shahrol dilantik bagi Kursus Citra Universiti dalam Kelas Seni Lakon yang memberi fokus kepada stand-up comedy.

Pelantikan tersebut dibuat berdasarkan pengalamannya sebagai penggiat seni yang terlibat dalam lakonan, persembahan, komedi, pengacaraan dan produksi.

Bagi saya, universiti membawa akademik, orang industri membawa pengalaman di lapangan. Apabila kedua-dua ini bertemu dan bersatu, insya-Allah akan membawa manfaat kepada adik-adik mahasiswa.- Katanya.

Shahrol Shiro jawab dakwaan lantikan politik

ukm

Di sebalik penjelasan mengenai skop tugasnya, Shahrol turut meminta orang ramai menghentikan spekulasi kononnya pelantikan itu mempunyai kaitan dengan mana-mana ahli politik.

Saya mohon kepada anda semua, hentikanlah spekulasi yang mengatakan lantikan saya ini daripada ahli politik.

Tiada kena mengena langsung dan juga saya sedar serta insaf saya ini hanyalah pemegang diploma. Doakanlah semoga degree saya habis tahun ini.- Katanya.

Perkongsian mengenai pelantikannya sebelum ini menjadi perdebatan di media sosial selepas ada pihak mempersoalkan kelayakan akademiknya.

The post Shahrol Shiro Jadi Pengajar Sambilan UKM, Ini Skop Sebenar Tugasnya appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved