Shahz Jaszle sifatkan Sophia AlBarakbah wanita lemah lembut -“Mungkin lelaki ingat dia suka pada mereka”

24 Oct 2023 • 9:15 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Sophia AlBarakbah Shahz Jaszle

Pelakon Shahz Jaszle menyifatkan aktres Sophia AlBarakbah seorang wanita yang lemah lembut dan mampu mencairkan hati mana-mana lelaki.

Shahz Jaszle tiada masalah berlakon dengan Sophia AlBarakbah

Pemilik nama Muhammad Shahrizal Jaszle Jasmin berkata, kelembutan dan kejelitaan yang dimiliki oleh Sophia itu juga boleh membuatkan lelaki mudah salah sangka.

“Saya sendiri sudah berkahwin dan pernah jalani penggambaran bersama Sophia. Saya tiada masalah bersama Sophia walaupun sudah berkahwin,”ujarnya.

Lelaki perlu tahu status diri

Bagaimanapun, lelaki terbabit haruslah mengetahui batas hubungan, lebih-lebih lagi berstatus suami orang.

“Sebenarnya, ia terpulang kepada seseorang lelaki nak bawa diri ke arah mana dan bagaimana nak letak perasaan terhadap heroin.
“Bila berlakon kena rapat dengan rakan gandingan sebab nak mewujudkan keserasian, tapi kita sendiri kenalah kuat dan tahu status diri.
“Sophia, wanita lemah lembut. Kelembutannya boleh buat orang salah sangka. Mungkin lelaki akan ingat Sophia suka kepada mereka, tapi sebenarnya memang sikapnya begitu,” katanya.

image is not available

Dalam pada itu, Shahz bersimpati dengan nasib kawan baiknya apabila dilabelkan sebagai penyondol.

Shahz berkata, gelaran penyondol berkenaan terlalu keras kerana dia mengenali sikap Sophia. Malah, aktres itu juga ada menghubungi isterinya untuk mengadu hal berkenaan.

“Sophia agak sedih dan pernah hubungi isteri saya kerana tuduhan diterima. Saya ada menasihati dan memintanya tak melayan.
“Bagi saya, sekiranya tak buat, Sophia tak perlu takut kerana ada sesetengah orang dengki kepadanya sebab dia cantik.
“Tapi, saya tahu Sophia kuat dan bekerja keras untuk kerjayanya. Saya ada mengingatkannya banyak lagi halangan dan pancaroba akan dilalui.
“Saya cuma nasihatkan Sophia jangan cepat mengalah dan berputus asa, sebaliknya teruslah bekerja,” katanya lagi.

image is not available

Sebelum ini, nama Sophia kerap kali menjadi bualan warganet selepas dikaitkan gosip cinta lokasi dengan suami penyanyi, Bella Astillah iaitu Aliff Aziz menerusi drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah.

Sopia juga meminta para isteri aktor lain untuk tidak berasa ‘insecure’ kerana dirinya hanya seorang wanita biasa sahaja.

Sumber: BH Online ( Serimah Mohd Sallehuddin)