Shakilla Khoriri Terkejut Fizi Ali Bernikah, Hanya Diberitahu Ingin Bawa Anak Ke ‘Waterpark’

Entertainment
24 Oct 2023 • 12:52 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam, penyampai radio Hot FM, Mohd Hafizudin Alimudin atau lebih dikenali sebagai Fizi Ali membuat pengumuman dia sudah pun selamat bernikah dengan rakan niaganya, Siti Zulaiikha.

Berita baik itu disambut baik oleh netizen serta rakan artis yang mendoakan agar kebahagiaan mereka berpanjangan sehingga ke jannah.

Pun begitu, bekas isteri Fizi yang juga seorang pelakon, Shakilla Khoriri memberikan reaksi yang berbeza berkenaan pernikahan bekas suaminya itu.

image is not available

Menurut laporan Gempak, Shakilla menyatakan bekas suaminya itu bersikap tidak jujur ketika mengambil anak mereka, Ameena Sofia pada Ahad lalu.

Dia memberitahu bekas suaminya itu berkata dia menggunakan alasan ingin membawa anak perempuanya itu ke taman tema air. Namun, dia hampa apabila mengetahui Fizi sebenarnya ingin bernikah pada hari Isnin lalu.

“Saya terkejut tiba-tiba jadi majlis nikah. Kelmarin malam (Ahad) dia ada datang rumah saya dan kami bersembang panjang pasal anak tapi tiada pula dia kata nak bernikah hari Isnin.

Cuma dia kata nak ambil anak dan bawa ke waterpark, saya tak tahu pulak aktiviti pergi waterpark bertukar jadi majlis nikah dia,” katanya.

Selain itu, Shakilla turut berkata dia tidak berapa senang dengan gambar perkahwinan mereka di mana anak kepada Siti Zulaiikha bertindak menutup mulut anak mereka. Difahamkan, Shakilla telah bertanya kepada Fizi berkenaan gambar itu namun dia masih belum menjawab.

Pun begitu, Shakilla bagaimanapun enggan memberikan sebarang ucapan istimewa untuk Fizi dan isterinya itu namun dia hanya mendoakan pasangan itu sentiasa berbahagia.

Sumber: Gempak, mStar

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.