Shamsul Iskandar dilantik Setiausaha Politik Kanan Anwar

Politics
23 Dec 2022 • 1:17 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Penerangan PKR Pusat Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin dilantik sebagai Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata majlis angkat sumpah simpan rahsia berlangsung di Putrajaya hari ini.

Menerusi perkongsian di Facebook, Anwar hadir bersama Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Turut mengangkat sumpah sebagai Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri ialah bekas Ahli Parlimen Alor Setar Chan Ming Kai dan Ahmad Farhan Fauzi.

“Semoga mereka dapat laksanakan tanggungjawab yang diamanahkan ini dengan baik dan penuh tawaduk,” kata Anwar.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bulan lalu, Shamsul Iskandar yang juga bekas Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya bertanding di Bagan Datuk, namun tewas kepada penyandang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sementara itu, Chan menjadi Ahli Parlimen Alor Setar dari 2018 hingga 2022. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved