Shamsul Iskandar mohon pasport dikembalikan secara kekal

LocalPolitics
5 Oct 2026 • 3:03 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Shamsul Iskandar mohon pasport dikembalikan secara kekal

KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin memohon untuk mendapatkan semula pasport antarabangsanya secara kekal bagi memudahkannya menghadiri beberapa program di luar negara.

Pasport itu sebelum ini diserahkan kepada mahkamah sebagai syarat jaminan tambahan selepas beliau didakwa atas lima pertuduhan rasuah.

Menerusi afidavit sokongan permohonan itu, Shamsul Iskandar berkata dalam masa terdekat ini beliau akan ke empat buah negara iaitu Frankfurt, London, Ireland dan Bosnia Herzegovina.

Berdasarkan dokumen yang diperoleh antara program yang dihadiri ialah pesta buku, sidang kemuncak dan lawatan kerja penglibatan perniagaan strategik.

“Saya berhasrat untuk melakukan perjalanan ke Frankfurt, Jerman bagi menghadiri suatu pesta buku bertajuk ‘Frankfurt Book Fair’ (“Pesta buku tersebut”) yang dianjurkan oleh Rex Education, dan dijadualkan berlangsung 7 Oktober hingga 11 November. Dalam hal ini. saya telah menerima surat jemputan daripada Gwenn Jessica B. Galves iaitu Konsultan dari Rex Bookstore Inc.

“Berdasarkan penglibatan saya dengan Akademi Kepimpinan Masyarakat Madani, penyertaan dalam Pesta buku tersebut bertujuan untuk memupuk sinergi antara organisasi serta memberikan manfaat bersama kepada kedua-dua entiti,” kata dokumen itu.

Sementara itu bagi lawatan di London Shamsul memaklumkan beliau mendaftar untuk Sidang Kemuncak AlBaraka ke-5 (‘5th AlBaraka Summit”) bertajuk Ethics in Action: Rebuilding Foundations and Advancing the Global Impact of the Islamic Economy’ yang mana acara itu akan berlangsung dari 13 Oktober hingga 14 Oktober 2026.

“Objektif utama sidang kemuncak tersebut adalah untuk memberi tumpuan kepada pengukuhan asas etika yang autentik bagi institusi kewangan Islam dan institusi bukan kewangan, sistem tadbir urus serta amalan pasaran,” ujar dokumen tersebut.

Justeru beliau memohon supaya
pasport antarabangsanya boleh dilepaskan secara kekal daripada tarikh bagi membolehkannya melakukan perjalanan ke luar negara sebagai sebahagian daripada tugas saya dengan mudah.

Terdahulu semasa prosiding sebutan kes hari ini, peguam Yusmadi Yusoff yang mewakili Shamsul Iskandar memaklumkan kepada mahkamah bahawa selain permohonan bagi mendapatkan pasport secara kekal yang difailkan 30 September lepas.

Pada masa sama, Shamsul Iskandar turut memohon agar pasport diserahkan secara sementara bagi membolehkan beliau menghadiri program di Frankfurt dan London pada bulan ini.

Mendengar perkara itu, Timbalan Pendakwa Raya Julaila Jamaludin membantah permohonan Shamsul Iskandar untuk mendapatkan pasportnya secara kekal namun tidak membantah permohonan Shamsul Iskandar untuk mendapatkan pasport secara sementara.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak, Hakim Suzana Hussin kemudian membenarkan permohonan pasport Shamsul Iskandar diberikan secara sementara mulai hari ini dan perlu diserahkan semula kepada mahkamah pada atau sebelum 16 Oktober ini.

Selain itu, mahkamah turut menetapkan 8 Disember ini bagi keputusan permohonan Shamsul Iskandar mendapatkan pasport secara kekal.

Pada 4 Disember tahun lalu, Shamsul Iskandar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas empat pertuduhan rasuah.

Sehari selepas itu, Shamsul Iskandar didakwa lagi atas satu pertuduhan serupa di Mahkamah Sesyen Shah Alam. – KOSMO! ONLINE

The post Shamsul Iskandar mohon pasport dikembalikan secara kekal appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved