Sharifah Sakinah Dapat Tawaran Buat Pembedahan ‘Eye Bag’ - “Tergamak”

1 Feb 2025 • 5:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Watak Astrid dalam drama ‘Curang Tanpa Niat’ yang dilakonkan oleh pelakon Sharifah Sakinah sememangnya menjadi tumpuan penonton yang rata-ratanya membenci karakter tersebut.

Pembedahan eye bag

Terbaharu, Sakinah menerusi laman sosial miliknya berkongsi paparan skrin mesej di Instagram yang menawarkannya untuk membuat pembedahan ‘eye bag’ atau kantung mata.

 

“Hi, kami nak sponsor buat operation eye bag. Berminat tak?” tulis mesej tersebut.

 

Bagaimanapun pelakon berusia 36 tahun itu hanya meletakkan kapsyen ringkas bagi menjawab mesej tersebut.

 

“Tergamak,” kata Sakinah secara ringkas.

Rata-rata netizen meminta Sakinah menjawab bagi pihak Astrid memandangkan tawaran itu diberikan kepada watak tersebut.

 

“Soalan untuk Astrid tu… bukan untuk Sakinah.

 

“Dia ingat Astrid tak mampu ke?

 

“Buat la Astrid, mana tahu mak Eshaal suka. Tak ada kena lempar dengan ayam,” komen beberapa netizen.

 

Curang Tanpa Niat

 

Mengekalkan genre yang lebih berat dan sulit di slot MegaDramanya, Astro mempersembahkan drama ‘Curang Tanpa Niat’ yang memaparkan pergelutan seorang isteri bernama Elina dalam mengharungi ketidaksetiaan dan kecurangan suaminya, Eshaal di tempat kerja. 

 

Drama ini mengetengahkan tentang pergolakan percintaan, konflik kekeluargaan dan kecurangan yang terjadi di tempat kerja hasil daripada tidak menjaga batas antara satu sama lain.

 

Drama sebanyak 32 episod ini diterbitkan oleh iFabulous Art Media & Event Sdn Bhd (iFAME) dan merupakan hasil pengarahan Eyra Rahman. 

 

Drama ini dibintangi oleh Shukri Yahaya, Mira Filzah dan Sharifah Sakinah sebagai watak utama masih bersiaran di Astro Ria dan sooka setiap Isnin hingga Jumaat pukul 10 malam.