Sharifah Sakinah menari dengan anjing tarik perhatian netizen

Entertainment
30 Jan 2024 • 4:17 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon sensasi Sharifah Sakinah menari dengan anjing sehingga menarik perhatian netizen selepas memuat naik video di InstaStory.

Menerusi satu perkongsian, Sakinah atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired kelihatan mendukung haiwan tersebut sambil menari-nari bersama.

Sharifah Sakinah menari dengan anjing

Difahamkan, video itu diambil ketika Sakinah atau lebih mesra disapa Kinah sedang bercuti di pulau peranginan terkenal di Bali, Indonesia.

Perkongsian pelakon berusia 35 tahun itu menjadi tular di media sosial dan rata-rata netizen mengecam tindakan Sharifah Sakinah menari dengan anjing.

Menerusi tinjauan di media sosial, ramai netizen yang mempersoalkan tindakan Sakinah itu seakan-akan tidak menghormati agama Islam.

Dia nak cabar tuhan ke?

image is not available

Awak cabar siapa?

image is not available

Dunia akhir zaman…

image is not available

Undang masalah pada diri sendiri?

image is not available

Dalam pada itu, ada juga segelintir individu mendakwa aktres itu membuat perkongsian sedemikian hanya untuk meraih perhatian orang ramai.

Mengundang ye!

image is not available

Mahu perhatian?

image is not available

Bagi je la…

image is not available

Nak perhatian ni..

image is not available

Sekadar info, nama Sakinah tidak asing lagi dari berita sensasi dan kontroversi yang seringkali mengundang kecaman ramai.

Terdahulu, dia meraih perhatian netizen selepas bercerai dengan suaminya yang merupakan warga Sweden, Micheal Hansen pada tahun 2022 selepas tiga tahun bersama.

Sumber: Instagram Sharifah Sakinah