Sharifah Sakinah peluk suami Fasha Sandha, netizen tegur minta jaga batas

EntertainmentLifestyle
4 Feb 2026 • 3:30 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Fasha Sandha menjadi perhatian ramai apabila hantaran terbarunya menimbulkan kontroversi dalam kalangan netizen apabila suaminya, Aidil Aziz, dilihat dipeluk oleh seorang rakan selebriti wanita, Sharifah Sakinah.

Minta jaga batasimage is not available

Menerusi perkongsian di Instagram, pemilik nama Nur Fasha Sandha Hassan memuat naik beberapa keping gambar bersama suami dan beberapa selebriti lain ketika menghadiri sebuah program hiburan.

Fasha difahamkan menemani Aidil yang hadir bagi mempromosikan drama terbaharu, yang turut menampilkan barisan pelakon seperti Sharifah Sakinah dan Trisha Ooi.

Bagaimanapun, hantaran tersebut menerima teguran daripada warganet yang kurang senang melihat adegan berpelukan antara Aidil dan Sharifah Sakinah.

image is not available

Meninjau ke ruangan komen, ramai menasihati pelakon berusia 41 tahun itu supaya lebih berhati-hati dalam menjaga batas hubungan dengan wanita lain.

Malah ada juga yang menekankan supaya tidak menormalisasikan perbuatan yang dianggap salah dari segi agama secara terbuka.

Moga diberi hidayah

image is not available

Tak tahu halal haram

image is not available

Tak cemburu ke?

image is not available

Suami orang tu

image is not available

Artikel lain:“Siapa kita nak kata haram atau halal?” – Fasha Sandha minta hormat, tegur secara bermaruah

Terdahulu, aktres jelita itu meluahkan rasa kurang senang terhadap teguran terbuka jurulatih kecergasan dan personaliti media sosial, Tareqfit, terhadap artis Que Haidar di media sosial.

Teguran terbuka itu, menurut Fasha, berpotensi membuka aib dan menegaskan agar menghormati orang lain tanpa menjatuhkan maruah diri.

Sumber: Instagram fashasandha