Sharifah Sakinah Rindu Nak Tengok Arja Lee Berlakon Semula!

12 Dec 2022 • 3:21 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Arja dan Sakinah - Gambar dari Instagram

Pertemuan secara tidak sengaja di antara Arja Lee dengan Sharifah Sakinah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur semalam cukup menyeronokkan bagi kedua-dua selebriti tempatan itu. 

Apatah lagi, bila mereka pernah digandingan bersama sebagai teraju utama di dalam sebuah drama berjudul Asam Pedas Cendol Sejoli pada 2019. 

Menerusi sebuah perkongsian reels yang dimuatnaik Arja Lee menerusi Instagram miliknya, peminat dapat melihat sendiri gelagat santai mereka. 

Difahamkan Arja dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Penang, manakala Sharifah Sakinah pula mahu terbang ke Bali. 

Pada pertemuan itu, Sharifah Sakinah sempat mengucapkan tahniah buat Arja Lee kerana berjaya menamatkan graduasinya. 

Bahkan, Sakinah turut memberitahu bahawa dia rindu dan ingin sekali melihat Arja yang kini bergelar pensyarah di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) kembali berlakon semula. 

image is not available
Arja Lee

Arja hanya tersenyum dan tidak berkata apa-apa. Sebelum ini, Arja pernah memberitahu bahawa dia mahu tidak mahu lagi terlibat di dalam dunia glamor sebagai seorang selebriti.  Tapi, adakah pujukan Sakinah mampu mengubah pemikirannya untuk kembali berlakon?. – Getaran, 12 Disember 2022