“Tak Sopan, Sorry” – Berbaju Kurung Pegang Rokok, Netizen Dakwa Sakinah Rosakkan Imej ‘Gadis Melayu’

LocalEntertainment
21 Nov 2022 • 3:04 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, nama pelakon sensasi iaitu Sharifah Sakinah sekali lagi terpalit dengan kontroversi serta menarik perhatian orang ramai apabila memuat naik sebuah hantaran foto di laman Instagram miliknya.

Menerusia hantaran tersebut, Sakinah atau nama penuhnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired dilihat memakai baju kurung sulam berwarna putih bersama kain pelikat dan perhiasan selindang serta gelang kaki mutiara berwarna putih.

Namun, apa yang menjadi perhatian warga net ialah apabila pelakon berusia 33 tahun itu turut memegang sebatang rokok ketika menggayakan baju kurung tersebut.

Difahamkan gambar tersebut diambil ketika Sakinah menghadiri majlis perkahwinan anak saudaranya iaitu anak perempuan kepada pelakon, Sharifah Shahirah pada minggu lepas.

Bagaimanapun, perkongsian ibu kepada seorang anak perempuan itu telah mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menyamakan imej berkenaan dengan watak pelacur dan ibu ayam dalam filem Bollywood, Gangubai Kathiawadi.

image is not available

image is not available

Bukan itu sahaja, ada juga segelintir pihak yang menegur tindakan Sakinah memegang rokok tidak sesuai dengan pemakaian baju kurung yang menandakan kehormatan wanita Melayu.

Malah, tindakan itu turut tidak sopan dipersembahkan sebagai seorang ibu kerana seakan-akan memberi tunjuk ajar dan tingkah laku yang salah kepada anak kecil.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 4 hari lalu

(VIDEO) "Standard Saiz Asia" - Sharifah Sakinah Buat 'Trend' Kepit Barang Bawah Payudara, Ramai Netizen Terhibur