Pelakon Sharifah Sakinah mencuri perhatian selepas menyeru orang ramai supaya berhenti membeli dan menggunakan produk berasaskan minyak sawit yang didakwanya menyumbang kepada kemusnahan hutan.
View this post on InstagramAdvertisement
Sharifah Sakinah Buat Status Mengundang?
Menerusi hantaran di Threads, Sakinah berkata mereka yang benar-benar prihatin terhadap isu alam sekitar perlu bermula dengan tindakan sebagai pengguna.
“Kalau betul peduli, mulakan dengan berhenti membeli dan menggunakan produk berasaskan minyak sawit yang menyumbang kepada kemusnahan hutan.
“Jangan sekadar bersuara.”
Hantaran tersebut kemudian mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna Threads.

Sebahagian netizen mempertikaikan kenyataan Sakinah dengan membangkitkan mengenai industri sawit Malaysia serta peranan minyak sawit terhadap ekonomi dan pekerjaan.
Netizen Beri Pendapat Berbeza
Seorang pengguna mendakwa terdapat kajian daripada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) berkaitan perkara tersebut, manakala seorang lagi menyifatkan industri sawit sebagai penyumbang besar kepada ekonomi negara.
“Sawit penyumbang besar ekonomi. Income utk ramai org, dari pekerja ladang, penyelidik, pekerja kilang, hingga ke bahagian retail akan terjejas. Sawit bukan sekadar hasil kan minyak masak semata.”
Dalam masa sama, terdapat juga netizen yang mendakwa isu pembakaran hutan dan tuntutan insurans turut berlaku, selain pengguna yang mempertahankan amalan industri sawit Malaysia.

“Pembetulan sikit. Beli minyak sawit keluaran syarikat Malaysia sebab syarikat minyak sawit Malaysia amalkan kan polisi ZERO BURNING ye. Boleh rujuk kat pensijilan MSPO.”
Bagaimanapun, komen-komen tersebut merupakan reaksi dan dakwaan daripada pengguna media sosial, bukan pengesahan bahawa semua dakwaan berkenaan adalah fakta.
Kerajaan Malaysia sememangnya mempunyai skim pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO), dengan pekebun kecil dan pemain industri tertakluk kepada piawaian serta keperluan pensijilan yang ditetapkan.
Setakat hantaran yang dikongsikan, Sakinah tidak memperincikan produk atau jenama tertentu yang dimaksudkan dalam seruannya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Ada Kakak Pun Tak Guna La Macam Ni.." - Elisya Sandha
The post Sharifah Sakinah Seru Henti Beli Produk Berasaskan Sawit, Netizen Persoal – “No Wonder Jadi Artis” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.



