Tahun depan jerebu balik! Sharifah Sakinah seru henti beli produk sawit penyumbang kemusnahan hutan

LocalEnvironment
29 Oct 2026 • 5:00 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Sharifah Sakinah mencuri perhatian selepas menggesa orang ramai berhenti membeli dan menggunakan produk berasaskan minyak sawit yang menyumbang kepada kemusnahan hutan, sekali gus mencetuskan perdebatan dalam kalangan pengguna media sosial.

Menerusi hantaran di Threads, Sakinah berpendapat mereka yang benar-benar mengambil berat tentang alam sekitar perlu membuktikan keprihatinan melalui tindakan, bukannya sekadar menyuarakan pandangan.

“Kalau betul peduli, mulakan dengan berhenti membeli dan menggunakan produk berasaskan minyak sawit yang menyumbang kepada kemusnahan hutan.
“Jangan sekadar bersuara,” tulisnya.

Image from: Tahun depan jerebu balik! Sharifah Sakinah seru henti beli produk sawit penyumbang kemusnahan hutan

Bagaimanapun, kenyataan tersebut mengundang pelbagai reaksi apabila sebahagian netizen mempertikaikan gesaan itu dengan membangkitkan kepentingan industri sawit terhadap ekonomi negara dan peluang pekerjaan rakyat Malaysia.

“Sawit penyumbang besar ekonomi. Pendapatan untuk ramai org, dari pekerja ladang, penyelidik, pekerja kilang, hingga ke bahagian retail akan terjejas. Sawit bukan sekadar hasil kan minyak masak semata,” komen seorang pengguna.

Seorang lagi individu pula mempertahankan industri sawit tempatan dengan mendakwa syarikat Malaysia mengamalkan dasar larangan pembakaran terbuka.

“Pembetulan sikit. Beli minyak sawit keluaran syarikat Malaysia sebab syarikat minyak sawit Malaysia amalkan kan polisi ZERO BURNING ye. Boleh rujuk kat pensijilan MSPO,”komennya.

Image from: Tahun depan jerebu balik! Sharifah Sakinah seru henti beli produk sawit penyumbang kemusnahan hutan

Susulan itu, Sakinah tampil dengan satu lagi hantaran yang memperlihatkan kekecewaannya terhadap masalah jerebu yang didakwanya terus berulang setiap tahun tanpa tindakan berkesan.

“Entahlah dah bertahun tahun jerebu. Berhenti sajalah beli. Takda apa pun tindakan mereka. Tengoklah lepas riot ni jadi apa.
“Tahun depan jerebu balik. Dengan nada malas,” tulisnya.

 

Perkongsian tersebut sekali lagi memperlihatkan pendirian Sakinah yang menggesa pengguna mengambil tindakan terhadap produk yang dikaitkan dengan kemusnahan hutan, meskipun pandangannya menerima pelbagai reaksi.

WHO beri 'mesej kuno' terhadap minyak sawit - MPOC

Bagaimanapun, dakwaan yang dikemukakan pengguna media sosial mengenai amalan industri sawit dan kaitannya dengan pembakaran hutan merupakan pandangan masing-masing dan bukan pengesahan terhadap kes tertentu.

Sumber: Threads Sharifah Sakinah

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved