Sharifah Shahirah Tak Lagi Bersama Suria FM Selepas 7 Tahun!

LocalEntertainment
13 Feb 2025 • 4:53 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Sharifah Shahirah

Penyampai radio popular, Sharifah Shahirah atau lebih dikenali sebagai Kak Rara mengumumkan keputusan untuk tidak menyambung kontraknya bersama Suria FM selepas tujuh tahun bersama stesen radio tersebut.

Tak sambung kontrak, nak berehat?

image is not available

Menurut laporan mStar, kontrak Shahirah bakal tamat pada 15 Februari ini dan keputusan ini dibuat kerana beliau ingin berehat serta memberi tumpuan kepada hal peribadi kata Suria dalam satu kenyataan.

Kami menghormati keputusan yang dibuat dan yakin Shahirah akan terus berjaya dalam apa juga bidang diceburinya,” kata pihak Suria FM.

7 tahun Sharifah Shahirah menceriakan pendengar

image is not available

Shahirah mula bertugas di Suria FM pada tahun 2018, menerusi segmen Suria Pagi bersama Fizi Ali dan Zulin Aziz, sebelum berpindah ke Suria Petang bersama Chiwan dan Kai Hassan.

Pihak Suria FM juga mengucapkan terima kasih atas komitmen dan sumbangan luar biasa yang telah diberikan Shahirah sepanjang tempoh perkhidmatannya.

#ApaKataOhmedia

Setiap perjalanan ada penghujungnya. Kadang-kadang kita perlu berehat seketika untuk memberi ruang kepada diri sendiri. Semoga Kak Rara terus sukses dalam apa jua bidang selepas ini!

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: mStar


The post

appeared first on

.