Sharnaaz Ahmad syukur dilepas & dibebaskan, tak mahu buat perangai lagi

17 Nov 2023 • 8:45 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad hari ini telah dibebaskan dan dilepaskan daripada tuduhan mencederakan seorang pengawal keselamatan di sebuah kondominium tahun lalu.

Bersyukur kes selesai

Memetik laporan dari Sinar Harian, Sharnaaz meluahkan rasa syukur diatas keputusan Mahkamah Majistret walaupun kes ini mengambil masa yang lama, namun dia menerima perkara berkenaan dengan penuh keikhlasan.

“Alhamdulillah, berkat hari Jumaat, biarpun kes ini dianggap remeh tapi ia menyentuh reputasi dan perjalanan karier saya, yang kini memasuki belasan tahun” katanya.

image is not available

Sharnaaz Ahmad tak mahu buat perangai lagi

Dalam pada itu, Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 38 mengakui bahawa isu tersebut menganggu karier seninya walaupun ia dianggap remeh.

Dia juga turut menyatakan rasa serik diatas tindakan kurang bijak yang dilakukan sebelum ini dan menjadikan hal tersebut sebagai pengajaran dalam hidupnya.

“Di masa akan datang, kena fikir banyak kali, tak mahu buat perangai lagi, sebenarnya, saya dah banyak belajar, tapi itulah, masih bodoh lagi (melakukan kesilapan),” katanya.

Sharnaaz Ahmad mahu muhasabah diri

Dalam pada itu, Sharnaaz turut memaklumkan perancangannya yang mahu bercuti bersama anaknya, Jebat Jayden bagi meluangkan masa bersama dan menyedari perlu lebih muhasabah diri memandangkan usia sudah menjangkau 40 tahun.

“Saya rasa kena tengok balik diri saya. Saya nak masuk 40 (tahun) dah, perangai masih macam budak lagi.

Apa jadi dalam hidup saya satu story (cerita), saya rasa kalau tutup buku, story saya akan jadi menarik,” ujarnya lagi.

image is not available

Terdahulu, ketika prosiding kes peguam, Datuk Wan Azmir Wan Majid yang mewakili Sharnaaz berkata, pembelaan telah menerima maklum balas daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung representasi untuk menggugurkan pertuduhan yang dihantar 2 Mei lalu.

Menurutnya, pendakwaan memaklumkan bahawa pertuduhan terhadap Sharnaaz akan ditarik balik.

Sumber: Sinar Harian (Noor Azlida Alimin) Instagram Sharnaaz Ahmad