“Akan datang pikiaq banyak kali” – Sharnaaz Ahmad Serik, Tak Nak Buat Perangai Lagi

Entertainment
17 Nov 2023 • 1:02 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pada Jun 2022, sebuah kes melibatkan pelakon ternama Sharnaaz Ahmad yang didakwa menyebabkan kecederaan kepada seorang pengawal keselamatan di sebuah kondominium di Jalan Dutamas.

Hari ini, Mahkamah Majistret membuat keputusan untuk melepas dan membebaskan pelakon Bukan Kerana Aku Tak Cinta itu atas tuduhan tersebut.

“Akan datang kena pikiaq (fikir) banyak kali lah, tak mau (tak nak) buat perangai lagi.

Saya bersyukur dan sekarang sudah bebas, ini soal reputasi dan perjalanan karier saya. Saya dah banyak belajar dan akan terus belajar,” katanya.

Menurut laporan Buletin TV3, Sharnaaz memberitahu kes itu memberikannya banyak pengajaran selepas lebih setahun turun naik mahkamah dan akan meluangkan lebih banyak masa dengan anaknya.

“Saya rasa kena tengok balik diri saya, saya nak masuk 40 (tahun) dah, perangai masih macam budak lagi. Apa jadi dalam hidup saya satu story (cerita), saya rasa kalau tutup buku, story saya akan jadi menarik,” katanya.

Sebagai info, pada 18 Januari lalu, Sharnaaz mengaku tidak bersalah atas dakwaan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Izzul Islam Awang, 27, di kawasan lif, pintu masuk sebuah blok di sebuah kondominium di Jalan Dutamas di sini pada 8.30 malam, 16 Jun 2022.

Sumber: Buletin TV3

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.