Sharnaaz panik, Aedy Ashraf ajak ‘sparring’ lepas kongsi gambar dengan Amelia Henderson

Entertainment
15 May 2024 • 3:56 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Sharnaaz panik apabila aktor, Aedy Ashraf mengajaknya untuk ‘sparring’ susulan melihat gambar kekasihnya, Amelia Henderson bersama pelakon filem Polis Evo 3 itu.

Bergambar dengan Amelia Henderson

Menerusi perkongsian Sharnaaz Ahmad di Instagram, dia telah berkongsi gambar bersama aktres cantik berkenaan dengan kapsyen memuji kecantikkan serta kehebatannya sebagai seorang pelakon.

Sharnaaz panik, tapi sempat puji Amelia tau

Dalam gambar tersebut, Amelia dilihat cantik mengenakan busana pengantin manakala Sharnaaz segak memakai baju Melayu bewarna hitam.

“Hei awak, Amelia Henderson. Lulus?

Dia sangat cantik, bijak dan sangat berbakat. Dia juga merupakan pelakon kegemaran terbaru saya buat masa sekarang, fullstop,” tulisnya.

image is not available

Sharnaaz panik, peminat ‘tag’ Aedy Ashraf pulak

Disebabkan itu, ramai yang bergurau dengan pemilik nama sebenar, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 38, apabila ‘menyeru’ kekasih kepada Amelia, Aedy Ashraf di ruangan komen sehingga pelakon tersebut menjelaskan mereka hanya berlakon sahaja dalam filem terbaru.

image is not available

“Bang jom try sparring

Lebih membuatkan netizen terhibur adalah komen yang ditinggalkan Aedy apabila mengajak bapa kepada Jebat jayden Ahmad itu untuk ‘sparring’.

Sharnaaz yang membaca komen daripada pelakon lelaki terbabit telah ‘menyalahkan’ warganet apabila tidak henti-henti menyeru Aedy sehingga dia muncul di posting berkenaan.

“Noh rokiahhhh…ni semua ampa lah punya pasai, kan aku di ambang kena bedal dah ni,” ujarnya seakan panik.

 

image is not available

“Ni penyondol versi lelaki?”

Perkongsian berkenaan telah mengundang pelbagai komen yang rata-rata turut menyakat pelakon yang dipanggil Mamu itu.

Ada juga yang bergurau bertanyakan sama ada inikah contoh ‘penyondol’ versi lelaki walaupun masing-masing memuji penampilan Sharnaaz yang nampak segak berbaju Melayu serba hitam.

image is not available

 

Jangan macam2 ea, tu Aedy punya

image is not available

Hahahaha mereka berlakon sajalah, Sharnaaz panik tau

image is not available

Jebat tengok baba ni!

image is not available

 

Difahamkan, mereka ketika ini sedang sibuk menjayakan filem arahan Syafiq Yusof berjudud Blood Brother. Beberapa pelakon handal dilihat membintangi filem berkenaan seperti Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Shukri Yahaya dan Amelia Henderson.

Sumber: Instagram sharnaazahmad