Sharul Aimy pertaruh segalanya demi impian, akui kecewa gagal hadiahkan pingat Komanwel

29 Jul 2026 • 10:27 PM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

Sharul Aimy pertaruh segalanya demi impian, akui kecewa gagal hadiahkan pingat Komanwel

GLASGOW – Atlet gimnas artistik lelaki negara, Sharul Aimy sanggup mengetepikan kesakitan demi merealisasikan impian menghadiahkan pingat buat Malaysia pada Sukan Komanwel 2026, namun hasrat itu tidak kesampaian apabila beliau menamatkan saingan tanpa sebarang podium.

Perkongsian penuh emosi di Instagram mendedahkan perjalanan sukar yang dilalui atlet itu sepanjang empat tahun lalu, termasuk menjalani tiga pembedahan kaki sebelum kembali berjuang di pentas tertinggi temasya berkenaan.

Lebih menyentuh hati, Sharul atau nama lengkapnya Muhammad Sharul Aimy Kamaru Hisam memaklumkan hanya dua minggu sebelum pertandingan berlangsung beliau masih tidak mampu berlari akibat kecederaan lutut, namun tetap memilih untuk bertanding demi merealisasikan impian yang disimpan sejak sekian lama.

View this post on Instagram

A post shared by Sharul Aimy (@sharulaimy)

Menurutnya, peluang itu cukup bermakna kerana beliau mahu menamatkan penantian dua dekad Malaysia untuk meraih semula pingat gimnastik di Sukan Komanwel sejak kejayaan Ng Shu Wai pada edisi 2006.

“Selepas Sukan Komanwel Birmingham 2022, perjalanan untuk kembali bukan sesuatu yang mudah. Sepanjang empat tahun lalu, saya menjalani tiga pembedahan kaki, tetapi saya tidak pernah berhenti mempercayai impian ini,” katanya.

Sharul berkata, meskipun keadaan fizikalnya belum pulih sepenuhnya, beliau mengambil keputusan untuk terus beraksi kerana tidak mahu melepaskan peluang bersejarah itu.

“Dua minggu sebelum pertandingan ini, saya langsung tidak boleh berlari kerana kecederaan lutut. Namun saya memilih untuk bertanding dalam kesakitan kerana inilah saat yang saya tunggu selama bertahun-tahun,” katanya.

Beliau turut mengakui berasa amat kecewa dan patah hati apabila pengorbanan serta usaha yang dicurahkan tidak diterjemahkan dengan keputusan yang diharapkan.

“Saya mengabaikan kesakitan dan memberikan segala-galanya untuk detik ini. Saya sangat kecewa dengan keputusan yang diraih dan benar-benar patah hati apabila semuanya berakhir seperti ini,” katanya.

Walaupun pulang tanpa pingat, semangat juang Sharul mendapat perhatian ramai apabila ramai peminat serta rakan atlet membanjiri ruangan komen dengan kata-kata semangat selain turut menyifatkan keberaniannya bertanding dalam keadaan cedera sebagai satu pengorbanan luar biasa demi mengharumkan nama negara.

The post Sharul Aimy pertaruh segalanya demi impian, akui kecewa gagal hadiahkan pingat Komanwel appeared first on MYBERITA.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved