Sharul Kamal Cadang Alumni AF7, AF9, AF2015 & AF2016 Isi Kekosongan GV Fantasia - “Barulah Fight Ikut Batch”

15 Nov 2026 • 4:31 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Sharul Kamal Cadang Alumni AF7, AF9, AF2015 & AF2016 Isi Kekosongan GV Fantasia - “Barulah Fight Ikut Batch”

Penyanyi, Sharul Kamal berpendapat bahawa empat kekosongan peserta bagi program GV Fantasia dapat diisi oleh alumni Akademi Fantasia (AF) daripada ‘batch’ yang masih belum mempunyai wakil.Menurut Sharul, peluang itu wajar diberikan kepada alumni AF7, AF9, AF2015 dan AF2016 memandangkan ‘batch’ berkenaan masih belum mempunyai wakil.Jelasnya, cadangan itu bukan bermaksud alumni lain tidak layak, sebaliknya mahu setiap generasi dari program Akademi Fantasia turut serta.“Kalau nak masuk, sebenarnya saya nak kalau boleh semua masuk. Tapi benda itu tak logik.“Tetapi apa kata kalau kita isi ruang itu kepada ‘batch’ yang tak ada? Yang tak ada ialah ‘batch’ dari AF7, AF9, AF2015 dan AF2016.“Dan semua AF yang saya sebut empat ini semuanya ada dalam Hot Seat,” katanya kepada Gempak.Sharul berkata demikian ketika ditemui pada program Gempakkan Kampus bertempat di UniKL MICET, Alor Gajar, Melaka, baru-baru ini.Tambah Sharul, cadangan tersebut juga dilihat lebih menarik kerana peminat berpeluang memberikan sokongan kepada alumni AF yang pernah menjadi sebahagian daripada zaman mereka membesar.“Lagi best kalau kita macam ‘perang’ ikut batch. Sebab semua dah ada daripada AF1 membawa sampai ke AF2014 yang diwakili Firman.“Tinggal lagi AF7, AF9, 15 dan 16 yang tak ada. Jadi, apa kata kalau kita isi kekosongan ikut ‘batch’ yang tak ada ini. Barulah kita macam fight ikut batch.“Dia sebenarnya fun-fun saja, bukanlah nak fight-fight. Itu sajalah, rasa semua batch itu ada reunion. Kan best?,” tambahnya.Dalam pada itu, Sharul turut menyifatkan peluang untuk mengumpulkan kesemua alumni AF pada pentas akhir GV Fantasia sebagai satu perkara yang cukup menarik.Dan sekiranya diberi peluang, pelantun lagu Manifestasi ini membayangkan suasana ‘reunion’ besar-besaran dengan kehadiran bekas peserta dan tenaga pengajar Akademi Fantasia sepanjang program GV Fantasia ini berlangsung.“Dan mana tahu nanti kalau kalau dapat digabungkan semua mana yang ada masa lapang itu, mesti lagi seronok dan menarik.“Mungkin waktu konsert akhir GV Fantasia nanti kita buat momen semua alumni hadir buat persembahan, mesti seronok nanti,” tambahnya.Untuk info, GV Fantasia musim ini menampilkan himpunan juara serta alumni program Akademi Fantasia termasuk Mawi, Vince, Faizal, Shahir, Mila Jirin, Stacy, Zahid, Faizul Sany dan Firman Bansir.Menambahkan lagi keterujaan musim ini, GV13 akan terus digerakkan oleh trio hos kegemaran ramai iaitu Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad.Sementara itu, barisan juri pula masih mengekalkan tiga nama besar yang cukup dihormati dalam industri muzik, iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.Manakala Celcom Digi pula merupakan penaja rasmi Gegar Vaganza Fantasia.Terima kasih diucapkan kepada penaja kerana terus bekerjasama dengan Gegar Vaganza.Berlangsung selama 11 minggu, ‘GV13’ akan bersiaran setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.Program ini turut boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan Sooka.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved