Shazia Rozaini Akui Tak Mudah Jadi ‘Damia’ - “Berkerusi Roda Agak Membataskan Saya…”

30 Jul 2025 • 7:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon, Shazia Rozaini mengakui tidak mudah untuk membawakan watak Damia dalam drama Di Sebalik Reda.
 

Watak mencabar

Menurut Shazia, antara cabaran yang dilalui adalah dari segi fizikal kerana watak itu merupakan orang kelainan upaya (OKU).


 

“Berkerusi roda agak membataskan dari segi lakonan, kerana itu merupakan satu perkara yang saya tak pernah buat selama ini.

 


“Watak Dania merupakan seorang yang sangat beremosi dan banyak buat hal jadi saya kena selalu fikirkan cara untuk menyampaikan lakonan ini kepada penonton walaupun terbatas dari segi pergerakan,” katanya kepada Gempak.

 

Adam Lee, Siti Khadijah tak lokek ilmu

 


Dalam pada itu, mengulas mengenai keserasian bersama dua rakan lakonnya dalam drama tersebut iaitu Adam Lee dan Siti Khadijah, Shazia berkata mereka banyak memberikan tunjuk ajar kepadanya.


 

“Adam dan Siti sangat sporting, mereka selalu berbincang untuk memberikan hasil yang terbaik bagi setiap babak.

 


“Malah saya juga bersyukur digandingkan dengan mereka kerana mereka berdua tidak lokek untuk berkongsi ilmu dengan saya,” ujarnya.


 


Saksikan Di Sebalik Reda setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang di Astro Prima (saluran 105).


 


Drama ini juga boleh ditonton di Astro One dan sooka.