Shearer yakin Arsenal mampu gugat City

FootballSports
17 Sep 2024 • 12:30 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Arsenal disifatkan mampu gugat kejuaraan EPL City. Foto EPA

PEMERHATI Liga Perdana Inggeris (EPL), Alan Shearer yakin bahawa pertahanan Arsenal pada musim ini lebih baik berbanding Manchester City sekali gus menjadi petanda bahawa The Gunners mempunyai peluang untuk mencabar kejuaraan liga.

Walaupun The Gunners beraksi tanpa pemain utama seperti Martin Odegaard dan Declan Rice dalam perlawanan menentang Tottenham Hotspur, mereka masih berjaya memperoleh tiga mata dan mengekalkan tekanan ke atas City.

Shearer percaya keampuhan pertahanan Arsenal menjadikan pasukan itu lebih berkualiti musim ini berbanding pasukan lain.

"Saya fikir sebaik sahaja Arsenal mendahului 1-0, mereka sukar untuk ditembusi kerana mereka empat pertahanan terbaik dalam Liga Perdana.

"Mereka tidak memberikan ruang dan Spurs hanya terus mencuba untuk membawa masuk bola dalam kotak penalti Arsenal, namun pertahanan beraksi dengan baik.

"Itu petanda baik untuk Arsenal dengan pertahanan mereka yang mantap dalam mencabar kejuaraan liga musim ini," katanya.

Arsenal mengekalkan tiga rekod bersih dalam empat perlawanan setakat ini, termasuk dua kali di tempat lawan menentang Aston Villa dan Spurs.