Sheikhul Islam Thailand Meninggal Dunia Pada Usia 76 Tahun

22 Oct 2023 • 6:35 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Sheikhul Islam Thailand Meninggal Dunia Pada Usia 76 Tahun

BANGKOK, 22 Okt (Bernama) — Sheikhul Islam Thailand Aziz Phitakkumpon meninggal dunia pada usia 76 tahun di Hospital Memorial King Chulalongkorn pada Ahad.

Pejabat Sheikhul Islam dalam satu kenyataan memaklumkan Allahyarham telah dirawat di hospital berkenaan sejak Jumaat.

“Syekhul Islam ke-18 Thailand telah kembali ke rahmatullah pada pukul 10.32 pagi (waktu tempatan) hari Ahad.

“Solat jenazah akan diadakan di Masjid Pusat Songkhla di Hatyai, Songkhla pada 10 pagi (waktu tempatan) pada Isnin,” menurut kenyataan itu.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Hua Khao di daerah Singhanakhon.

image is not available
Gambar: Tentera Udara Diraja Thai

Allahyarham dilantik sebagai Syeikhul Islam pada 2010.

Sementara itu, Perdana Menteri Srettha Thavisin merakamkan ucapan takziah atas pemergian Aziz.

Dilahirkan pada 6 Mac 1947, Allahyarham merupakan anak sulung daripada empat adik-beradik.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan empat anak iaitu tiga lelaki dan seorang perempuan.

Sumber: BERNAMA