Shell Lancarkan Aplikasi Baharu Bagi Mudahkan Pengguna

21 Aug 2023 • 2:52 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Shell baru sahaja melancarkan aplikasi baru mereka dengan nama Shell Asia secara rasminya hari ini.

Aplikasi ini mampu membayar minyak tanpa perlu berurusan di kaunter dan turut menyertakan integrasi mata ganjaran Bonuslink.

Bukan itu sahaja, pengguna hanya perlu memasukkan nombor pam minyak dan memilih amaun yang anda inginkan.

Tambahan, pengguna aplikasi ini juga boleh memilih baucar yang ingin digunakan untuk setiap transaksi dan membuat pembayaran menerusi kad debit atau kad kredit.

image is not available

Selain dari kegunaan untuk pengisian minyak, ia juga boleh menebus mata ganjaran Bonuslink untuk pembelian barangan dari kedai Shell Select.

Sementara itu, aplikasi Shell Asia ini tersedia untuk Apple Store dan juga Google Play Store yang membantu pengguna untuk mencari stesen Shell dengan kemudahan tertentu seperti pengecasan EV Shell Recharge, stesen yang dilengkapi pembayaran minyak secara RFID, kemudahan lain seperti surau, penukaran minyak, Costa Coffee dan pelbagai lagi.  

image is not available

Dalam pada itu, sekitar 650 stesen sudah menerima pembayaran menerusi aplikasi Shell Asia, dan tiada lagi integrasi pembayaran pengecas kenderaan elektrik EV Shell Recharge kerana ia dilakukan menerusi aplikasi berlainan iaitu ParkEasy.

image is not available

Malah, Shell juga menyasarkan aplikasi ini boleh digunakan di semua cawangan menjelang akhir tahun ini.

Kredit: amanz

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

@ohmedia

Naik motor memang best tapi kalau naik kereta boleh letak banyak barang hehehe.. Antara kereta dengan motor korang pilih yang mana? #kereta#motor#pendapat#kemudahan#sembang#ohgear#ohmedia

♬ original sound – Oh! Media – Oh! Media